Utusan Borneo (Sabah)

KBB jayakan Kayuhan Merdeka 2018

Semarakkan sambutan Bulan Kemerdekaa­n, pupuk semangat patriotik

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Kelab Berbasikal Beluran (KBB) menganjurk­an program ‘ Kayuhan Merdeka 2018’ sejauh 30 kilometer bermula di Simpang Beluran dan berakhir di Dataran Muara Labuk, di sini pada Selasa.

Setiausaha KBB, Philip Fong berkata seramai 30 peserta yang merupakan ahli KBB menyertai kayuhan itu yang turut menyinggah­i enam sekolah di sekitar pekan serta kawasan laluan kayuhan.

Katanya, penganjura­n program itu dilaksanak­an dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran dan juga Jabatan Penerangan Daerah Beluran yang diketuai oleh Jonny Bulun.

“Sekolah yang disinggahi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Bakti yang terletak berhampira­n simpang masuk ke Pekan Beluran, SK Balaban Jaya, SK Sungai Nangka, SK Ulu Muanad, SMK Beluran dan SK Pekan Beluran,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menyerahka­n bendera keramat Jalur Gemilang kepada ke semua sekolah yang disinggahi.

Katanya, program itu merupakan acara tahunan Kelab Berbasikal Beluran yang bertujuan untuk menyemarak­kan sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2018, selain memupuk semangat patriotik dan cintakan negara, selaras dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’ khasnya dalam kalangan muridmurid sekolah serta masyarakat awam.

Philip berkata, KBB yang ditubuhkan sejak 2016 dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan keahlian lebih 50 orang, akan menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Beluran pada 8 September depan.

Ketibaan rombongan Kelab Berbasikal Beluran di SK Jaya Bakti disambut meriah ratusan murid bersama guru- guru sekolah diketuai wakil Guru Besar yang juga Penolong Kanan ( PK) Kurikulum, Faizal dan PK Kokurikulu­m, Pidu Adam.

Guru Besar SK Sg Nangka, M oh a mad M alan turut menanti kehadiran rombongan KBB di sekolah berkenaan.

Sementara itu, lokasi sekolah persinggah­an terakhir Kayuhan Merdeka di SK Pekan Beluran amat terserlah kemeriahan­nya apabila rombongan KBB disambut lebih 500 warga sekolah diketuai guru besarnya, Salasiah Said.

“Bagi pihak sekolah, kami merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak rombongan Kelab Berbasikal Beluran yang turut menjadikan sekolah ini sebagai destinasi Kayuhan Merdeka 2018,” katanya.

Katanya, program itu amat baik kerana ia turut membangkit­kan semangat penghayata­n terhadap nilai kemerdekaa­n dan peranan masyarakat untuk mengisi kemerdekaa­n yang ke- 61 tahun 2018 dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI KBB bersama Philip (belakang, lima kanan) bergambar kenangan berlatarka­n replika udang galah dan ikan patin di Dataran Muara Labuk Beluran sebelum memulakan Kayuhan Merdeka 2018 sejauh 30 kilometer.
AHLI KBB bersama Philip (belakang, lima kanan) bergambar kenangan berlatarka­n replika udang galah dan ikan patin di Dataran Muara Labuk Beluran sebelum memulakan Kayuhan Merdeka 2018 sejauh 30 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia