Utusan Borneo (Sabah)

L3T: Penguasaan pelari dari Sabah

Larian 3 Trails Terbuka Labuan 2018

-

LABUAN: Peserta dari Sabahmendo­minasikese­mua kategori Larian 3 Trails (L3T) Terbuka Labuan 2018 yang diadakan di Pulm Beach Resort and SPA Manikar, pada Ahad lalu.

Walter Herman muncul johan bagi kategori Lelaki Terbuka selepas menamatkan larian sejauh 17 kilometer dengan catatan terpantas kejohanan 1 jam 42 minit dan 21 saat.

Bagi kategori Lelaki Veteran dimenangi oleh peserta yang tidak asing lagi di Sabah dan Labuan, Guianus Salagan yang mencatat 1 jam 49 minit 10 saat.

Sementara itu, bagi kategori Wanita Terbuka turut dikuasai peserta ‘Negeri Di Bawah Bayu’ itu menerusi Fariza Sumping dengan catatan 2 jam 29 minit 1 saat.

Dengan catatan 2 jam 28 minit 5 saat membolehka­n seorang lagi peserta dari Sabah, Kona Liau meraih johan kategori Wanita Veteran.

Dua pelari dari Sabah, Safree Sabdin dan Fabian@ Osmond Daimon meraih naib johan dan tempat ketiga bagi kategori Lelaki Terbuka yang masing-masing menamatkan larian dengan 1 jam 46 miniti 31 saat dan 1 jam 49 minit 5 saat.

Naib johan dan ketiga bagi kategori Lelaki Veteran juga dimenangi oleh dua peserta dari Sabah menerusi Mohd Zulkarnain Masuyuk Abdullah dengan catatan 1 jam 56 minit 54 saat manakala Jasrin Saibin mencatat 1 jam 58 miniti 14 saat.

Bagi kategori Wanita Terbuka, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh pasangan adik-beradik Jessica Suip dan Stela Suip.

Pe l a r i d a r i Br u n e i Daussalam Rowena Mahmud meraih naib johan kategori Wanita Veteran dengan catatan 2 jam 58 minit 3 saat manakala tempat ketiga Santi @Jasmine Bahar dari Wilayah Persekutua­n Labuan yang mencatat 3 jam 15 minit 44 saat.

Lebih 600 peserta dari Sabah, Brunei Darusalam dan Labuan menyertai kejohanan yang diadakan untuk tahun kedua anjuran JHK Event dengan kerjasama Pulm Beach Resort and Spa.

Johan setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM500, naib johan RM300, tempat ketiga RM200 dan keempat RM150.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan Mohd Hazan Dahari, Ketua Cabang PKR Labuan Simsudin Haji Sidek dan wakil Palm Beach Resort and Spa, Nurul Intan Asmida Abdul Raak dan Sheng Long.

 ??  ?? SIMSUDIN (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Fariza yang menjuarai kategori Wanita Terbuka.
SIMSUDIN (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Fariza yang menjuarai kategori Wanita Terbuka.
 ??  ?? KONA (kanan) yang menjuarai kategori Wanita Veteran menerima hadiah daripada Nurul Intan Asmida.
KONA (kanan) yang menjuarai kategori Wanita Veteran menerima hadiah daripada Nurul Intan Asmida.
 ??  ?? MOHD Hazan (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Guianus selaku juara kategori Terbuka Veteran.
MOHD Hazan (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Guianus selaku juara kategori Terbuka Veteran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia