Utusan Borneo (Sabah)

32 pasukan bakal rebut Piala Pemuda Upko Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Sebanyak 32 pasukan bakal berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Pergerakan Pemuda Upko Beluran 2018 yang akan diadakan pada 31 Ogos hingga 2 September ini, di Padang Majlis Daerah, di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana kejohanan itu yang juga Setiausaha Pemuda Upko Beluran, Alphonsus @ Kodou Idol berkata pasukan yang mengambil bahagian pada kali ini datangnya dari daerah Telupid, Tongod dan juga daerah Ranau.

Katanya, pasukan bertanding akan dibahagika­n kepada enam kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C, D, E dan F.

Menurutnya, antara pasukan yang menyertai kejohanan itu ialah Lumou, Gabungan FC, KBEA dan Miruru, Sparta, Surun, Ranimoka, Rela, Gansad FC, Lumou Warior, Shot Gun, Bauto, FC Family, Persa, PSM FC, Kbos Jr, Junior FC, Mangkadait, Melapi, Remaja Kesures, PSG Vet, Kbos, Kesures, Paragasu, Gam FC, Gamba, Bone Made dan PSG Junior dan juga pasukan Pemuda Upko Beluran.

“Ke j ohanan ini be r tujua n menyemarak­kan program Sambutan Hari Kemerdekaa­n 2018, menyediaka­n para belia dengan aktiviti yang berfaedah, di samping mengeratka­n lagi silaturahi­m dalam kalangan pemain (pasukan), penganjur dan juga masyarakat setempat,” katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Selain itu katanya, ia juga bermatlama­t untuk mencungkil bakat baharu khasnya dalam kalangan belia dalam sukan bola sepak serta menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e.

“Semua yang mengambil bahagian termasukla­h para pemain, AJK Penganjur, tetamu jemputan dan para penonton yang hadir pada masa perasmian akan melafazkan ikrar Rukun Negara dan diikuti oleh laungan ‘merdeka’ sebanyak tiga kali yang akan diketuai oleh tetamu perasmi pembukaan kejohanan itu,” katanya sambil berharap kejohanan itu berjalan dengan baik dan lancar.

Majlis perasmian kejohanan itu akan diadakan pada 31 Ogos (Jumaat), jam 11 pagi di Padang Majlis Daerah Telupid (dekat Pekan Telupid) dan akan dirasmikan oleh Ketua Bahagian Upko Beluran yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Upko Pusat, Felix Joseph Saang.

Turut hadir pada majlis perasmian dan sepanjang kejohanan itu nanti ialah Ketua Pergerakan Pemuda Upko Beluran, Tommy Amir yang akan merasmikan majlis penutupan dan penyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang pada 2 September (Ahad).

 ??  ?? BARISAN Jawatankua­sa Penganjur Kejohanan Bola Sepak Piala Pemuda Upko Beluran 2018 bersama Tommy Amir (duduk tengah).
BARISAN Jawatankua­sa Penganjur Kejohanan Bola Sepak Piala Pemuda Upko Beluran 2018 bersama Tommy Amir (duduk tengah).
 ??  ?? FELIX
FELIX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia