Utusan Borneo (Sabah)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: Munafik 2 Bahasa: Melayu Sarikata: Inggeris Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 30 Ogos 2018 Genre: Seram Durasi: 2 Jam 1 Minit Pengedar: Skop Production Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali Pengarah: Syamsul Yusof Format: 2D

Sipnosis ~ Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Ustaz Adam yang masih dihantui oleh kematian isteri dan anaknya, berusaha menentang Abu Jar yang menyebarka­n ajaran agama sesat kepada penduduk kampung. Semangat jahat yang dikaitkan dengan Abu Jar menjejaska­n kehidupan Sakinah, seorang ibu tunggal kepada seorang anak yang miskin dari sebuah perkampung­an yang terpencil dan Ustaz Adam harus menyelamat­kannya daripada kejahatan Abu Jar.

Judul: The Whispering Bahasa: Korean Sarikata: Inggeris / Melayu / Cina Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 30 Ogos 2018 Genre: Seram Durasi: 1 Jam 32 Minit Pengedar: GSC Movies Pelakon: So Joo-Yeon, Kim Min-Kyu, Kim Tae-Min, Kim Yeong Pengarah: Choi Sang-Hoon Format: 2D

Sipnosis ~ Seorang wanita muda dan teman lelakinya adalah antara sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan ke pantai untuk meraikan graduasi mereka. Mereka kemudianny­a sesat dan terjumpa sebuah taman hiburan yang terbiar di mana wanita itu kemudian menemui ‘House of Horrors’, sebuah tempat berhantu yang dihuni oleh roh jahat. Salah seorang daripada mereka mahu melakukan striming ‘live’ di media sosial dan ketika berjalan-jalan di sekitar, mereka mula mendengar suara bisikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia