Utusan Borneo (Sabah)

Kursus Bimbing dan Perkasa PSM MSM Sesi 2018/2019 UMS

-

JABATAN Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Kursus Bimbing dan Perkasa Pembimbing Suai Mesra (PSM) Minggu Suai Mesra (MSM) bagi Sesi 2018/2019 yang bermula 20 sehingga 26 Ogos bertempat di Dewan Kolej Kediaman Tun Fuad, UMS.

Objektif kursus itu adalah untuk memantapka­n semangat jati diri, disiplin, kebersamaa­n, kerjasama dalam berpasukan dan pendedahan kepimpinan kepada para peserta.

Kursus itu terbahagi kepada dua iaitu Kursus Bimbing dan Kursus Perkasa. Kursus Bimbing melibatkan 33 pemimpin pelajar daripada Majlis Tertinggi (MT) dan Majlis Eksekutif (ME) yang diadakan pada 20 hingga 21 Ogos manakala Kursus Perkasa melibatkan mahasiswa UMS yang dipilih iaitu seramai 241 orang termasuk MT/ME yang diadakan pada 24 hingga 26 Ogos.

Penyelaras bagi kursus itu adalah Ketua Bahagian Pembanguna­n Pelajar JHEP Mardena Jiwan. Para fasiliatat­or yang terlibat adalah terdiri daripada pegawaipeg­awai JHEP iaitu Adzmil Abidin, Jumrat Minsun, Alan James, Mohd Jamal Atong, Harun Tambiri, Fazilah Nur Ahmad, Norain Abd Razak, Norhana Nordin, Rohaizam Lamdin, Jalani Moksin, Faridah Samsuddin Rodzal Mohd Shaffri dan Wenlley Joy.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus PSM MSM sesi 2018/2019 diadakan pada malam 26 Ogos. Sesi penyerahan watikah pelantikan kepada PSM disampaika­n oleh Ketua Jabatan Ahmadi Nurdin yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) yang tidak dapat hadir atas sebab urusan rasmi yang lain.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha Kol Dr Mohamad Nizam Nazarudin, Pengetua Kolej Kediaman Tun Fuad Dr Puteri Hayati Megat Ahmad dan Pengarah Kursus PSM MSM Ke-24 UMS Muhd Jivean Johan Wira Ahmad.

 ??  ?? PESERTA mengikuti Kursus Bimbing dan Suai Mesra dengan penuh semangat.
PESERTA mengikuti Kursus Bimbing dan Suai Mesra dengan penuh semangat.
 ??  ?? PESERTA Kursus Bimbing dan Suai Mesra MSM UMS.
PESERTA Kursus Bimbing dan Suai Mesra MSM UMS.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N sijil kepada peserta.
PENYAMPAIA­N sijil kepada peserta.
 ??  ?? AHMADI menyampaik­an sijil kepada pembimbing.
AHMADI menyampaik­an sijil kepada pembimbing.
 ??  ?? SALAH satu aktiviti yang dijalankan.
SALAH satu aktiviti yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia