Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas rentung, hutan seluas 20 ekar terbakar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT: Seorang warga emas lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran hutan seluas 20 ekar di Kampung Terongkong­an di sini, tengah hari Rabu.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Sentay Bakau berkata mangsa dikenalpas­ti sebagai Mongulin Jumahil, 70, ditemukan semasa operasi pemadaman sedang dijalankan.

“Kebakaran kira-kira jam 12 tengahari membabitka­n kawasan hutan yang terletak berhampira­n dengan kebun getah milik penduduk kampung.

“Sebaik menyedari kebakaran itu sekumpulan penduduk bertindak menjalanka­n pemadaman di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya semasa menjalanka­n pemadaman, penduduk kampung menemukan mangsa dalam keadaan rentung sebelum memaklumka­n kejadian kepada anggota bomba dan pihak polis.

“Panggilan kecemasan diterima jam 12.30 tengahari dan seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat digegaskan bagi melaksanak­an kerja pemadaman.

“Sebaik tiba jam 1.09 petang, anggota kita membuat operasi pemadaman menggunaka­n pemerap api untuk mengurangk­an serta mengawal kebakaran daripada merebak lebih luas ke kawasan perkampung­an dan kebun berhampira­n,” katanya.

Sentay berkata mayat mangsa yang dikeluarka­n dari lokasi kejadian kemudianny­a diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan selanjutny­a.

Tambahnya operasi keseluruha­n tamat pada jam 3.08 petang.

 ??  ?? ANGGOTA bomba dan Pasukan Forensik mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada anggota polis.
ANGGOTA bomba dan Pasukan Forensik mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia