Utusan Borneo (Sabah)

Variasi terbaik semarak Hari Kebangsaan 2018 di RTM

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) membangkit­kan semangat patriotik dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia terutama buat generasi muda negara hari ini menerusi program khas Hari Kebangsaan yang disediakan.

Paparan kisah yang dikongsika­n dalam program-program disusun ini pastinya menyuntik rasa emosi penonton terutama melibatkan pejuang negara yang telah terkorban.

Menerusi saluran utama TV1, tanggal keramat 31 Ogos ini bermula dengan menyiarkan Siaran Langsung Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018, jam 7.30 pagi dari Putrajaya.

Kemudianny­a diikuti dengan tayangan filem ‘Bravo’, jam 3.30 petang arahan M Hitler Zami yang didedikasi­kan kepada para pejuang negara yang terkorban dalam menjalanka­n operasi mengekang kebangkita­n pengganas komunis ini mempertaru­hkan gandingan mantap pelakon hebat tanah air seperti Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sasha Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin Wah.

RTM membawakan konsert khas yang diberi nama ‘Sayang Malaysia’ disiarkan secara langsung jam 8.30 malam menghimpun­kan artisartis ternama tanah air antaranya Bunkface, Akim & The Majistret, Projector Band, Kumpulan BPR, dan Resident Band (Cakam). Konsert terbitan Hiburan TV RTM ini menampilka­n gandingan pengacara Jeed Zulkifli dan Qi Razali.

Menerusi saluran TV2 pula, menghimpun­kan lima program terbaik bermula tayangan filem ‘Sarjan Hassan’ pada 27 Ogos yang lepas.

Diikuti dengan empat telemovie mengangkat tema kemerdekaa­n dan sayangkan negara iaitu ‘Lumpur di Kerikil’ (30 Ogos, jam 2 petang), ‘Lambaian Merdeka’ (31 Ogos, jam 2 petang), ‘Sebilah Pusaka’ (31 Ogos, jam 11 malam) dan ‘Kabut’ (1 September, jam 2 petang).

‘Lumpur di Kerikil’ lakonan Rahim Jailani, Anuar Che Abdullah dan Nubhan Ahmad menceritak­an kisah seorang bekas tentera Major

(B) Mohsin yang selalu diganggu dengan igauan zaman lampau semasa dia bertempur dengan komunis dan nyaris maut jika tidak diselamatk­an oleh Ah Lai, salah seorang penduduk kampung di situ. Ah Lai kini sudah memeluk agama Islam dan mengusahak­an ternakan ikan di kampungnya.

Dalam ‘Lambaian Merdeka’ pula penonton diajak berkongsi kisah seorang guru Cikgu Riduan melihat komunis membunuh sepasang suami isteri bangsa Cina dan beliau menyelamat­kan bayi pasangan tersebut dan membesarka­nnya umpama anak sendiri. Ia dibintangi oleh C. Kumaresan, Dato’ Rahim Razali dan Halimaton Saadiah.

Hari sama juga disiarkan telemovie

‘Sebilah Pusaka’ lakonan Megat Sharizal,

Wan

Hanafi Su, Jonathan

Putra dan Juliana Marin.

Ia mengangkat watak seorang gadis berketurun­an Melayu-Inggeris yang ditemani abangnya kembali ke Malaysia untuk mengenali budaya, tradisi, dan identiti diri sebelah bapanya yang berketurun­an Melayu dengan mempelajar­i cara-cara pembuatan keris dan mengenali adat resam budaya Melayu.

Kisah anak Melayu mangsa rogol bernama Ah Fook (Azhar Zainal) diangkat dalam telemovie ‘Kabut’. Dia telah ditinggalk­an dan dibela oleh keluarga Cina Kuilan (Tanting).

Tanpa mengetahui asal usul keturunan anak ini, dia kemudian dibesarkan mengikut adat dan budaya Cina. Namun anak ini akhirnya kembali ke fitrah iaitu agama Islam setelah tertarik dengan bacaan al-Quran oleh sekumpulan pelajar pondok. Ia turut dibintangi oleh Hasnol Rahmat, Anas Ridzuan dan Iskandar Zulkarnain.

 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN Bbunkface dalam konsert Sayang Malaysia.
KUMPULAN Bbunkface dalam konsert Sayang Malaysia.
 ??  ?? BABAK dalam telemovie Kabut.
BABAK dalam telemovie Kabut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia