Utusan Borneo (Sabah)

26 Sept sebut semula kes lelaki didakwa cuba rogol pelajar

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 26 September sebagai tarikh sebutan semula kes melibatkan seorang lelaki tempatan yang menghadapi pertuduhan cuba merogol seorang wanita berusia 18 tahun.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh sebutan semula itu selepas mener ima permohonan daripada peguam tertuduh iaitu Shahlan Jufri.

Mengikut pertuduhan, Arshad Masdin, 26, sebagai pengawal keselamata­n sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, cuba menanggal dan mengoyakka­n baju mangsa secara paksa.

Kejadian berlaku di dalam bilik asrama IPTA berkenaan pada 15 Julai jam 12.30 tengah malam.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­an jika sabit salah, boleh dikenakan penjara selama tempoh 15 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip, manakala tertuduh turut diwakili peguam Mohd. Hafiz Lokman.

Rustam memberitah­u mahkamah, dokumen bicara sudah diserahkan untuk prosiding, bagaimanap­un, pihak pendakwaan masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Kimia.

Pada26Jula­ilalu,mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia Sabah turut hadir ketika pendakwaan itu bagi memperjuan­gkan nasib mangsa dengan menuntut tindakan sewajarnya diambil terhadap tertuduh.

 ??  ?? ARSHAD (dua, kiri) bersama peguam dan keluargany­a keluar dari Mahkamah Sesyen selepas sesi sebutan kes selesai.
ARSHAD (dua, kiri) bersama peguam dan keluargany­a keluar dari Mahkamah Sesyen selepas sesi sebutan kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia