Utusan Borneo (Sabah)

Perjalanan dari Lolak ke Restoran Kampoeng Minahasa

Melengkapi perjalanan ke beberapa kota di Sulawesi Utara

-

JARAK antara Lolak Bolaang MongondowM­anado adalah sejauh 156 kilometer jika menggunaka­n Jalan Trans Sulawesi. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam 30 minit.

Namun jarak antara Manado-Gorontalu sejauh 404 kilometer mengambil masa kira-kira 6 jam. Jarak Manado ke Palu di Sulawesi Tengah sejauh 948.4 kilometer mengambil masa 21 jam.

Jalan Trans Sulawesi yang menghubung­kan Manado di Sulawesi Utara dan Makasar di Sulawesi Selatan sejauh kira-kira 1678 kilometer mengambil masa 37 jam.

Pemandu bas pariwisata yang membawa kami, Pak Deddy Mandey memberitah­u jarak antara Manado ke Toraja mengambil masa kira-kira dua hari untuk sampai ke sana. Menurut Pak Deddy, beliau pernah membawa pelancong dengan bas dari Kota Manado ke Tana Toraja.

Kembara di Sulawesi memang memberikan pengalaman yang sangat menarik. Bahkan Pak Mario Salomo Ben Gavriel Sarinsong Pantow atau lebih dikenali Pak Mario, pemandu pelancong kami menceritak­an pengalaman­nya mengembara dengan motosikal 200cc ke Sulawesi Utara dan Sulawesi Tengah.

“Saya belum menjelajah seluruh Sulawesi.Baru sampai tengah saja,” katanya yang mula memiliki motosikal sejak April 2014 dan bergabung dengan Kelab motosikal jadi Rookie bulan 2015 dan diterima jadi ahli pada bulan November tahun yang sama.

Katanya, mengembara dengan motosikal dalam jumlah tiga hingga lima orang adalah lebih baik, boleh berhenti di manamana, menginap atau berkhemah di mana-mana tanpa banyak karenah. Beliau berpengala­man juga bersama rakan-rakan dari luar negara terutamany­a dari Eropah Timur yang suka bermotosik­al.

Selepas menempuh kirakira empat jam perjalanan, ditambah dengan kesesakan jalan raya ketika memasuki Kota Manado,bahkan sempat pula menyaksika­n rombongan yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan kami akhirnya tiba di Restoran Kampoeng Minahasa di Jalan Ring Road Kota Manado.

Kini kami sudah melengkapi perjalanan ke beberapa kota di Sulawesi Utara. Dari Kota Manado kami ke Kawangkoan yang dikenali sebagai Kota Kacang, sebelum tiba di Tutuyan, makan tengahari bersama Bupati Sehan Landjar SH.

Dari sana kami singgah di Tanjung Silar sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kotamobagu. Menginap satu malam di Hotel Sutanraja dan keesokan harinya berangkat menujuk Lolak di Bolaang Mongondow atau lebih dikenali sebagai Bolmong.

Kami sempat singgah di Kantor Bupati Bolmong sebelum dibawa berkunjung ke Pantai Losari. Dari Pantai Losari Lolak kami berpatah balik ke Kota Manado melalu jalan Trans Sulawesi.

Di sepanjang jalan, kami menyaksika­n banyak pemandanga­n menarik. Sulawesi Utara memang dikurniaka­n alam yang cantik.

“Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah masyarakat­nya. Penduduk Manado sangat peramah dan melayani kita dengan istimewa sehingga kita merasa kehadiran kita dialu-alukan,” kata Pauline Chin, seorang usahawan pelanconga­n di Sabah.

“Cuma waktunya agak singkat. Kebanyakan masa habis dalam perjalanan,” kata Pak Sarip. Kalau diikutkan hati, banyak lagi tempat menarik di Sulawesi Utara yang sentiasa menggamit untuk dikunjungi.

Selepas berkelilin­g Sulawesi Utara itu, menyaksika­n keindahan alamnya dan keramahan masyarakat­nya dan kesedapan makanannya dan keharmonia­n rakyatnya dan banyak lagi, kami diraikan dalam satu majlis di Restoran Kampoeng Minahasa.

Suku Minahasa adalah salah satu suku bangsa di Sulawesi Utara. Suku bangsa terbesar di wilayah itu. Kami tidak sempat berkenalan walaupun orang-orang Minahasa terkenal dengan kecantikan dan keunikan budayanya.

Keindahan alam Sulawesi Utara (Sulut) mendapat pujian daripada ketua rombongan, Konsul Ekonomi KJRI Kota Kinabalu, Ibu Hendro Retno Wulan.

Menurutnya, Sulawesi Utara adalah salah satu daerah di Indonesia dengan keindahan tiada duanya.

“Setelah kami beberapa hari di daerah ini melihat dan merasakan bagaimana kerukunan daerah ini terus terjalin dengan baik. Apalagi sektor pariwisata (pelanconga­n) semua yang ada di daerah ini sangat luar biasa,” katanya.

“Pokoknya waktu terasa kurang dan kami akan kembali untuk berlibur ke daerah ini serta menikmati spot spot destinasi pariwisata lainnya yang ada di daerah ini,” katanya seperti yang dikutip elnusanews.com, media tempatan di Kota Manado.

Ketua ASITA Sulut (Associatio­n of the Indonsia Tours and Travel Agencies) Merry Karouwan sendiri bersama beberapa ahli jawatankua­sanya mengiringi rombongan 15 anggota delegasi agensi dan operator pelanconga­n dalam kunjungan ke Sulawesi Utara.

Kepala Dinas Pariwisata Daerah Sulawesi Utara, Daniel Mawengkang menyambut baik dan mengalu-alukan kedatangan rombongan Fam Trip TATO dari Sabah itu.

Sulawesi Utara memiliki pelbagai keistimewa­an, banyak destinasi wisata yang boleh dikunjungi kerana Sulut kaya dengan keindahan alam, kata Mawengkang yang pernah jadi Atase Perdaganga­n KBRI di Madrid Sepanyol.

Sebenarnya, Manado dan Sulawesi Utara menjadi pilihan selepas pertemuan KJRI Sabah dengan Duta Besar RI ke Malaysia, Rusdi Kirana yang mendorong agar pelancong-pelancong berkunjung dan meneroka keindahan Wilayah Indonesia Timur.

Waktu memang cemburu. Esoknya kami harus berangkat pulang dan meninggalk­an Manado, yang dinobatkan sebagai Kota Paling Bertoleran­si yang menyambut ulang tahun ke 395.

Malam terakhir di Kota Manado, usahawan pelanconga­n dari Sabah dan Manado berkongsi maklumat dan iktikad untuk bekerjasam­a dalam mengembang­kan sektor pelanconga­n antara kedua pihak.

Selepas menikmati pelbagai jenis makanan enak yang disajikan, majlis dteruskan dengan penyampaia­n cenderamat­a sebelum diserikan dengan nyanyian dan tarian pocopoco.

 ??  ??
 ??  ?? ROMBONGAN Fam Trip TATO dari Sabah bergambar sebelum pulang.
ROMBONGAN Fam Trip TATO dari Sabah bergambar sebelum pulang.
 ??  ?? MERRY KAROUWAN
MERRY KAROUWAN
 ??  ?? DANIEL MAWENGKANG
DANIEL MAWENGKANG
 ??  ??
 ??  ?? IBU Hendro Retno Wulan menyampaik­an cenderamat­a kepada Daniel Mawengkang.
IBU Hendro Retno Wulan menyampaik­an cenderamat­a kepada Daniel Mawengkang.
 ??  ?? MENIKMATI makanan di Restoran Kampoeng Minahasa.
MENIKMATI makanan di Restoran Kampoeng Minahasa.
 ??  ?? MEMASUKI Kota Manado yang sibuk.
MEMASUKI Kota Manado yang sibuk.
 ??  ?? SEPOTONG jalan di Sulawesi Utara.
SEPOTONG jalan di Sulawesi Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia