Utusan Borneo (Sabah)

16 keluarga teruja terima anak angkat daripada KKE

16 keluarga teruja terima anak angkat daripada KKE

-

SDARI KAMPUS ERAMAI 50 penghuni Kolej Kediaman E (KKE) menjayakan Program Tautan Kasih Kampung Kerukan Kuala Penyu anjuran Exco Kemasyarak­atan Kolej Kediaman E, baru-baru ini.

Pengarah Program Mohamad Fadlie Shafiq berkata, program yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu memberi pendedahan dan peluang kepada penghuni KKE terutamany­a yang berasal dari Semenanjun­g untuk merasai budaya dan gaya hidup masyarakat di Sabah, yang sangat mesra dan suka menerima pengunjung dari luar.

“Penganjura­n program ini juga secara tidak langsung memberikan semangat dan kegembiraa­n kepada para penghuni KKE yang menyertai program ini selepas mengetahui gaya hidup masyarakat sini seperti cara membuat ambuyat. Malah, ini merupakan kali kedua program ini berlangsun­g,” katanya dalam satu kenyataan pada majlis perasmian dan penutupan pada Ahad lepas.

Beliau juga yang Sekretaria­t KKE berkata, pemilihan keluarga angkat turut mendapat sambutan daripada pihak Kampung Kerukan sendiri tetapi pihak beliau membuat keputusan untuk memilih 16 keluarga angkat terpilih sahaja.

“Kita dilahirkan oleh masyarakat, sudah pastinya kita akan kembali kepada masyarakat. Saya juga ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang program ini berlangsun­g selama 3 hari 2 malam,” katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian dan penutupan ialah Pengetua Kolej Kediaman E, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman E, Barisan Kepimpinan Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman E dan Ketua Kampung Kerukan, Kuala Penyu.

 ??  ?? PESERTA Program Tautan Kasih Kampung Kerukan.
PESERTA Program Tautan Kasih Kampung Kerukan.
 ??  ?? PESERTA bergambar selepas menanam pokok tanda perasmian program Tautan Kasih.
PESERTA bergambar selepas menanam pokok tanda perasmian program Tautan Kasih.
 ??  ?? PESERTA bersama keluarga angkat.
PESERTA bersama keluarga angkat.
 ??  ?? MAJLIS penerimaan keluarga angkat.
MAJLIS penerimaan keluarga angkat.
 ??  ?? ACARA senamrobik yang diadakan.
ACARA senamrobik yang diadakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia