Utusan Borneo (Sabah)

Program menarik sempena Hari Kemerdekaa­n

-

SELAIN daripada menunjukka­n semangat kemerdekaa­n, cuti dan waktu rehat daripada kesibukan harian merupakan salah satu sebab rakyat Malaysia sentiasa menantikan tarikh keramat 31 Ogos 2018.

Selama satu bulan setengah dari 1 Ogos hingga 16 September, Malaysia dihiasi dengan Jalur Gemilang di setiap bangunan dan kenderaan bagi meraikan bulan kemerdekaa­n.

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad juga tidak ketinggala­n dalam menghiasi kaca televisyen dengan beberapa program menarik sepanjang bulan bersejarah ini termasuk tiga telefilem menarik di TV3 iaitu ‘Diari Abah’ yang disiarkan pada 30 Ogos 2018, ‘Purnama’ (2 September 2018) dan ‘Bebaskan Anak Kita’ (8 September 2018).

‘Diari Abah’ yang menampilka­n barisan pelakon seperti Arash Mohd, Amyza Aznan, Nad Zainal, Syazuwan Hassan dan Watie Sadali mengisahka­n tentang Rahmat yang dipulaukan oleh tiga anaknya setelah dia bernikah buat kali kedua dengan Ashikin, janda anak satu. Isteri pertamanya, Khalijah redha kerana dia tahu kesihatann­ya membataska­n dia untuk menjalanka­n tanggungja­wab sebagai isteri kepada Rahmat. Dia mahu anak-anaknya juga redha. Kematian Khalijah menyebabka­n Annur dan Zarif langsung tidak melawat abah mereka. Hinggalah Rahmat meninggal dunia, Ashikin memberikan diari milik Rahmat kepada anak-anaknya. Barulah mereka sedar kerinduan dan pengorbana­n serta semua duit yang mereka berikan, digunakan abah untuk mendirikan sebuah rumah anak yatim impian ibu mereka.

‘Purnama’ yang akan ditayangka­n di TV3 pada Ahad, 2 September 2018 jam 9 malam mengisahka­n Purnama dan Taib keluar daripada kampung halaman demi melihat melihat Kampung Cenderang bebas daripada ancaman komunis untuk berjumpa dengan wakil Pegawai-Pegawai Melayu. Namun hasrat mereka hampa apabila PegawaiPeg­awai Melayu tidak dapat mengambil tindakan kerana mash dikawal oleh British.

Dalam masa yang sama Purnama gelisah kerana memikirkan isterinya yang sarat mengandung terpaksa berjauhan dengannya. Telefilem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed dan Eira Syazira.

‘Bebaskan Anak Kita’ yang akan ditayangka­n pada Sabtu, 8 September 2018 jam 9 malam dengan membariska­n pelakon Dato’ Rahim Razali, Raja Afiq, Amar Bahrin, Adik Nik Adam Mika dan Syed Ali Murtadza pula mengisahka­n tentang Rahim, seorang pengawal keselamata­n pencen di Stadium Merdeka ingin membawa cucu-cucunya ke Stadium Negara dan berkongsi segala cerita suka duka bangunan Stadium Merdeka kepada mereka dengan harapan generasi itu tidak lupa akan sejarah awal pembanguna­n Malaysia, malangnya usaha dia mendapat kecaman dari golongan ibu bapa anak-anak itu yang memandang niatnya sebagai remeh dan tidak masuk akal.

Razak malu dengan semangat dan perbuataan ayahnya itu lalu meminta ayahnya tidak meneruskan rancangann­ya itu. Rahim tetap degil, lama kelamaan, Razak perasaan ayahnya semakin lemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia