Utusan Borneo (Sabah)

Kepentinga­n penjagaan kesihatan anak-anak muda wajar diteruskan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Kepentinga­n aspek penjagaan kesihatan dalam kalangan anak-anak muda masa kini wajar diteruskan sepanjang masa bagi memastikan tahap kesihatan mereka di tahap terbaik.

Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail berkata, usaha yang dilaksanak­an pihak Yayasan Sabah bertujuan memberi pendidikan terhadap anakanak tentang kebersihan diri terutama mulut dan gigi.

Katanya, tahap kesihatan diri juga penting di samping pendidikan akademik kerana ia secara tidak langsung merangsang keyakinan dan semangat diri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemantapan Kesihatan danPemelih­araanGigi& Mulut anjuran Yayasan Sabah dengan kerjasama Klinik Pergigian Papar dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kayau.

Turut hadir Pegawai Pergigian Kanan Dr Shahziha Samsudin, Guru Besar SK Kayau Mohd Yusrie Masri, Pegawai Operasi YS Papar Mohd Fairuz Yusof dan Yang Dipertua PIBG SK Kayau Ramywati Mamis.

Dalam pada itu, Zulkhairi turut menasihati para ibu bapa yang hadir supaya turut memberi perhatian terhadap kesihatan anak-anak mereka.

Katanya, tahap kesihatan anak-anak turut menyumbang kepada perkembang­an potensi dan kebolehan para murid.

“Oleh itu, kita mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini bagi memberi pendedahan serta pendidikan kepada anak-anak di peringkat sekolah agar mereka mampu memastikan diri mereka dalam keadaan terbaik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKHAIRI
ZULKHAIRI
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Zulkhairi sempena program itu.
(Kiri)SEBAHAGIAN murid yang terlibat menunjukka­n isyarat ‘bagus’ bersama Zulkhairi sempena program itu.
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Zulkhairi sempena program itu. (Kiri)SEBAHAGIAN murid yang terlibat menunjukka­n isyarat ‘bagus’ bersama Zulkhairi sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia