Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan pendatang dipindahka­n akibat pertempura­n di pusat tahanan: UNHCR

-

TRIPOLI: Beratus-ratus pendatang ditahan di sebuah pusat tahanan di selatan ibu negara Libya telah dipindahka­n pada minggu ini ketika pertempura­n sengit meletus antara kumpulan bersenjata, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) kelmarin.

Pertempura­n jalanan antara pihak militia yang bermusuhan berlaku di subbandar selatan di Tripoli sejak Isnin hingga Rabu lepas, menyebabka­n sekurangku­rangnya 27 orang terkorban dan hampir 100 tercedera, menurut kementeria­n kesihatan Libya.

Kira-kira 300 pendatang – kebanyakan­nya dari Eritrea, Habsyah dan Somalia – di pusat tahanan Ain Zara telah berada dalam “bahaya yang jelas akan terperangk­ap dalam ketegangan tersebut,” kata UNHCR.

Mereka telah dipindahka­n pada Selasa lepas ke pusat tahanan Abu Salim di bandar utama, “yang berada di dalam satu lokasi lebih selamat di mana pihak organisasi antarabang­sa boleh memberikan bantuan kepada mereka”, tambah UNHCR.

Operasi pemindahan telah dilakukan sejajar dengan organisasi PBB yang lain, termasuk dari Doctors Without Borders (MSF) dan Jabatan bagi Menangani Imigrasi Haram, katanya.

Terlibat dalam ketegangan selepas kejatuhan dan pembunuhan diktator sebelum ini Muammar Ghaddafi dalam satu kebangkita­n yang disokong oleh NATO pada 2011, Libya telah menjadi sebuah kawasan persinggah­an utama bagi pendatang Afrika sub-Sahara yang melakukan pertaruhan sulit berbahaya untuk pergi ke Eropah.

Penyeludup manusia telah mengambil kesempatan dari kemelut itu, meletakkan pendatang Afrika yang cuba untuk pergi ke Eropah dalam risiko lebih besar.

Ramai pendatang, dihalang atau diselamatk­an di laut, mendapati diri mereka telah ditahan di beberapa pusat tahanan dengan keadaan yang teruk.

Dalam kenyataann­ya, UNHCR berkta ia “menentang penahanan pelarian dan pemohon suaka yang memerlukan perlindung­an antarabang­sa.” — AFP

 ??  ?? PENDATANG menerima bantuan makanan di pusat perlindung­an selepas dipindahka­n dari pusat tahanan kendalian kerajaan akibat pertempura­n bersenjata antara kumpulan bermusuhan di Tripoli, Libya kelmarin. — Gambar Hani Amara/Reuters
PENDATANG menerima bantuan makanan di pusat perlindung­an selepas dipindahka­n dari pusat tahanan kendalian kerajaan akibat pertempura­n bersenjata antara kumpulan bermusuhan di Tripoli, Libya kelmarin. — Gambar Hani Amara/Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia