Utusan Borneo (Sabah)

Modric ketepi Ronaldo, Salah untuk dinobat Pemain Terbaik UEFA

-

MONACO: Bintang Real Madrid dan Croatia, Luka Modric, kelmarin menerima anugerah Pemain Terbaik UEFA di Monaco, sekali gus menewaskan bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo dan pemain Liverpool Mohamed Salah.

“Saya sangat gembira untuk menerima hadiah yang hebat ini. Saya telah berusaha gigih untuk ini, untuk sampai ke tahap tertinggi mungkin,” kata Modric, yang membintang­i pasukan Real yang memenangi Liga Juara-Juara buat tahun ketiga berturut-turut sebelum turut mengetuai Croatia ke peringkat akhir Piala Dunia.

“Saya tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa ini adalah tahun terbaik dalam karier asya, secara kolektif mahupun secara individu, dan saya sedang menikmati saat ini,” ujar pemain berusia 32 tahun itu, yang diumumkan sebagai pemenang hadiah itu selepas undian kelmarin di Monaco untuk peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada musim ini.

Modric mula bermain di Dinamo Zagreb dan kemudian bermain selama empat tahun bersama Tottenham Hotspur sebelum Real Madrid mencungkil­nya enam tahun kemudian.

Kejayaanny­a di sana, selepas dia dipilih sebagai pemain terbaik di Piala Dunia, mengesahka­n dia adalah antara pemain pilihan untuk memenangi Ballon d’Or, hadiah yang didominasi Ronaldo dan Lionel Messi sejak sedekad lalu.

Salah hadir di Grimaldi Forum kelmarin tetapi Ronaldo, sekarang bersama Juventus, tidak ada di sana.

“Saya dukacita kerana dia tidak dapat datang ke sini. Saya pasti ada sebab kenapa dia tidak dapat datang. Saya ingin bertemu dengannya. Saya harap kami akan bertemu dengan satu sama lain tidak lama lagi di tempat lain,” kata Modric mengenai rakan lamanya itu.

Modric turut dikaitkan dengan usaha untuk memancingn­ya dari Real pada musim panas ini, selepas Inter Milan dikatakan amat berminat dengannya, tetapi dia mendakwa dia lebih gembira di ibu negara Sepanyol.

“Seperti apa yang saya selalu katakan, saya berada di kelab terbaik di dunia, di mana saya mahu berada. Saya bukan sekadar gembira tetapi sangat gembira berada di sini.”

Pencapaian Real memenangi satu lagi Liga Juara-Juara pada musim lepas diiktiraf selanjutny­a apabila Modric turut memenangi anugerah UEFA bagi pemain tengah terbaik pada musim lepas.

Rakan sekelab Sergio Ramos dinamakan sebagai pemain pertahanan terbaik manakala penjaga gol Real, Keylor Navas, memenangi hadiah bagi penjaga gol terbaik.

Ronaldo, yang tidak hadir, dianugerah­kan hadiah bagi penyerang terbaik yang dipilih oleh jurulatih dalam Liga JuaraJuara dan Liga Europa pada musim lepas selain wartawan.

Anugerah itu “mengiktira­f pemain terbaik, tanpa mengira kerakyatan, bermain untuk sebuah kelab di dalam wilayah sebuah persatuan anggota UEFA pada musim lepas”.

Pemain antarabang­sa Denmark, Pernille Harder, dari kelab Jerman, Wolfsburg, memenangi hadiah pemain wanita terbaik UEFA. - AFP

 ?? - Gambar AFP ?? MODRIC menerima anugerah Pemain Terbaik UEFA sewaktu acara undian peringkat kumpulan kejohanan Liga Juara-Juara yang berlangsun­g di Monaco.
- Gambar AFP MODRIC menerima anugerah Pemain Terbaik UEFA sewaktu acara undian peringkat kumpulan kejohanan Liga Juara-Juara yang berlangsun­g di Monaco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia