Utusan Borneo (Sabah)

PH Sarawak harap Anwar beri bimbingan hadapi PRN

-

SIBU: Parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sarawak berharap mereka akan dapat mengadakan sesi bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak David Wong berharap Anwar akan memberikan bimbingan mengenai persiapan untuk menghadapi PRN yang dijangka diadakan pada 2021 atau lebih awal.

“Saya berpendapa­t bahawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bimbang tentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang datang ke Sarawak.

“Abang Johari tidak akan memberi masa untuk parti itu menjejak kaki di Sarawak, oleh itu saya rasa ada petunjuk bahawa beliau akan memanggil PRN lebih awal daripada 2021,” ujarnya.

Wong berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lanang di Jalan Pedada di sini, pada Khamis.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelawan berkata, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa akan tamat pada 2021.

“Kami di PH perlu bekerja dengan cepat untuk menyelesai­kan rundingan pembahagia­n kerusi supaya apabila pilihan raya akan diadakan, kami bersedia dengan baik,” katanya.

Anwar yang juga Presiden PKR dijangka berada di Sibu pada 8 September dan menjadi tetamu kehormat pada majlis makan malam bertemakan ‘Melangkah Ke Arah Kegemilang­an Baharu’ yang dianjurkan oleh PKR Zon Tengah di Hotel Kingwood di sini.

Setiausaha cawangan PKR Kanowit George Chen berkata, seramai kira-kira 2,000 orang dijangka menghadiri majlis makan malam tersebut.

Hadir sama ialah Pengerusi PKR Lanang Law Hin Ching dan Adun Bukit Assek Irene Chang.

 ??  ?? DAVID (duduk, dua kanan), Irene (duduk, kanan), George (duduk, tengah) dan ahli PH menunjukka­n tiket majlis makan malam yang akan dihadiri Anwar di Sibu pada 8 September ini.
DAVID (duduk, dua kanan), Irene (duduk, kanan), George (duduk, tengah) dan ahli PH menunjukka­n tiket majlis makan malam yang akan dihadiri Anwar di Sibu pada 8 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia