Utusan Borneo (Sabah)

Keseluruha­n harga perkhidmat­an telekomuni­kasi akan meningkat

-

KUALA LUMPUR: Pusat Pertukaran Internet terbaharu di Malaysia, Johor Bahru Internet Exchange (JBIX), yang dijadualka­n dilancarka­n pada 3 Sept, menjangkak­an keseluruha­n harga perkhidmat­an telekomuni­kasi menjadi lebih tinggi.

Ketua Pegawai Penghubung JBIX, Weng Yew Wong berkata ini kerana pembelian peralatan, sebagai sebahagian perkhidmat­an oleh penyedia, memerlukan kos yang lebih besar.

“Kamiakanme­nelitipand­uan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan masih berbincang dengan mereka mengenai perkhidmat­an kami yang mana yang diletakkan di bawah perkhidmat­an boleh dikenakan cukai.

“Memandangk­an kami menyediaka­n khususnya perkhidmat­an telekomuni­kasi dan teknologi maklumat, jadi kami tertakluk kepada Akta Cukai Perkhidmat­an berbanding­AktaCukaiJ­ualan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, cukai perkhidmat­an ditetapkan pada enam peratus, yang sama dengan peratusan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum tempoh tanpa cukai pada Jun hingga Ogos.

Sementara itu, Telekom Malaysia Bhd (TM) berkata, ia akan mematuhi pelaksanaa­n cukai perkhidmat­an dengan mengenakan cukai ke atas bil pelanggan mulai 1 Sept, mengikut kitaran bil masingmasi­ng bagi akaun mereka.

“Harga bagi produk dan perkhidmat­an TM (tidak termasukcu­kaiperkhid­matan) kekal sama dan bahagian Ringkasan Akaun pada bil bulanan pelanggan akan memaparkan jumlah cukai perkhidmat­an mulai 1 Sept ini,” menurut syarikat itu dalam maklum balas bertulis.

Dalam senarai pengecuali­an sebanyak 292 muka surat, JKDM turut memasukkan senarai perkhidmat­an yang tertakluk kepada enam peratus cukai perkhidmat­an, termasuk telekomuni­kasi yang sekali gus menandakan pengguna akan dikenakan cukai perkhidmat­an sebanyak enamperatu­sdalambilb­ulanan mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia