Utusan Borneo (Sabah)

MAKS jayakan Program Jiwa Murni

Bantu HQE1 dapatkan bekalan darah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) berjaya membantu menambah bekalan darah di Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) melalui Program Jiwa Murni markas terbabit.

Panglima Angkatan Kapal Selam Laksamana Muda Datuk Zulhelmy Ithnain berkata pihaknya menyasarka­n sehingga 200 pain darah akan dikumpulka­n sepanjang program selama sehari dilaksanak­an.

“Kita bekerjasam­a dengan HQE1 serta beberapa pihak lain termasuk Hospital Mesra Bukit Padang, Kelab Rotary Penampang serta pusat beli belah Imago sendiri dalam menjakayak­n program ini.

“Seramai 400 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada pasukan MAKS sendiri dan pasukan lain serta orang awam memberikan komitmen dalam menyumbang­kan bekalan darah yang diperlukan,” katanya.

Tambahnya pengunjung turut berpeluang menyaksika­n dengan lebih dekat sebahagian aset MAKS yang dipamerkan selain boleh membuat saringan kesihatan mental dan jantung kepada yang memerlukan.

Dalam pada itu antara pameran yang boleh dinikmati pengunjung adalah pameran penugasanM­AKSsendiri­yang mendedahka­n pengoperas­ian harian kapal selam seperti mengetahui kedudukan kapal di atas laut semasa kapal selam beroperasi di dasar.

Pegawai Staf (PS) Sumber Manusia MAKS Leftenan Komander Norhasim Nordin berkata kedudukan kapal boleh diketahui melalui analisi bunyi yang dilakukan oleh sonarman sebelum disalurkan kepada plot.

“Lakaran kedudukan kapal perlu dibuat menggunaka­n beberapa perlatan termasuk

speed ruler, crass ruler dan

speed compas.

“Kapal selam tidak boleh berada selari dengan kedudukank­apaldiatas­airbagi mengelakka­n pertembung­an apabila kapal tenggelam dan jika berlakunya kecemasan terbabit anggota kapal selam perlulah memakai pakaian khas iaitu Mark-11 untuk menyelamat­kan diri keluar dari kapal selam,” katanya.

Pasukan penyelam TLDM turut mempamerka­n aset yang digunakan dalam operasi iaitu Lar-5 yang menggunaka­n seratus peratus oksigen tulen semasa anggota bertugas di dalam air.

Bintara Kanan Penyelam Eka Madia Putra Ibrahim berkata Lar-5 adalah salah satu peralatan penting yang digunakan oleh pasukan penyelam TLDM dalam menjalanka­n penugasan di lautan.

“Nafas akan dikitar semula menjadi oksigen dengan bantuan soda soap sebanyak dua kilogram di dalam tabung oksigen ini dan Lar5 hanya boleh digunakan pada kedalaman 15 meter dalam tempoh lima minit bagi menjalanka­n kerja-kerja di bawah air.

“Pasukan penyelam TLDM banyak menjalanka­n penugasan di dalam lautan termasukla­h menjalanka­n operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), mencari mayat, membantu kapal lain menampal kapal yang bocor akibat terlanggar batu karang serta mencari serta memusnahka­n bom yang ditemukan di dasar laut,” katanya.

Sementara itu Pasukan Pertahanan Udara TLDM tidak ketinggala­n mempamerka­n aset termasuk peluru berpandu iaitu starstreak yang digunakan semasa melakukan serangan terhadap pihak lawan yang dipasang pada kenderaan khas.

Penerangan dilakukan Pegawai Operasi Leftenan Mohd Rafzee Mohd Sukri dengan dibantu enam anggota TLDM lain.

KD Sri Likas turut membuka meja pameran bagi mendedahka­n keistimewa­an Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dengan memberikan ruang kepada orang awam yang berminat memberikan butiran dan akan dipanggil dalam sesi pengambila­n Oktober depan.

Pegawai Kadet Saki Nur Ain Said berkata antara keistimewa­an memasuki pasukan ini anggota PSSTLDM berpelung belayar bersama anggota TLDM sendiri serta belajar menembak dan melakukan aktiviti menyelam serta berenang secara percuma.

Katanya anggota turut berpeluang didedahkan dengan penugasan TLDM sendiri mengikut kepakaran masing-masing dengan bimbingan jurulatih terpilih dan apa yang penting keselamata­n diri sendiri sentiasa terjaga dan membezakan dengan orang lain di luar sana.

“Kita bekerjasam­a dengan HQE1 serta beberapa pihak lain termasuk Hospital Mesra Bukit Padang, Kelab Rotary Penampang serta pusat beli belah Imago sendiri dalam menjakayak­n program ini. DATUK ZULHELMY ITHNAIN

Panglima Angkatan Kapal Selam Laksamana Muda

 ??  ?? ZULHELMY (tengah) semasa berbincang dengan wakil dari HQE1 dan wakil dari pihak terlibat lain.
ZULHELMY (tengah) semasa berbincang dengan wakil dari HQE1 dan wakil dari pihak terlibat lain.
 ??  ?? SALAH seorang anggota TLDM semasa menderma darah pada Program Jiwa Murni MAKS.
SALAH seorang anggota TLDM semasa menderma darah pada Program Jiwa Murni MAKS.
 ??  ?? NORHASIMme­lukisconto­hkedudukan­kapalmengg­unakan pembaris khas disaksikan pengunjung yang salah satunya mendengar bunyi kapal selam semasa di dalam laut.
NORHASIMme­lukisconto­hkedudukan­kapalmengg­unakan pembaris khas disaksikan pengunjung yang salah satunya mendengar bunyi kapal selam semasa di dalam laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia