Utusan Borneo (Sabah)

Pertembung­an guru, bekas murid di Celtic Park

-

GLASGOW: Ketibaan Steven Gerrard sebagai pengurus Rangers telah menumpukan perhatian kepada seberang Glasgow tetapi reputasi pengurus Celtic, Brendan Rodgers, yang telah dibina semula boleh digugat oleh bekas muridnya itu.

Rodgers dan Gerrard bersemuka buat pertama kali hari ini (Ahad) di Celtic Park selepas tiga musim bersama sebagai pengurus dan kapten di Liverpool.

Selepas nyaris memenangi kejuaraanL­igaPerdana­Inggeris (EPL) pada 2013/14, Rodgers dipecat hanya beberapa bulan sahaja selepas karier Gerrard selama 17 tahun di Liverpool berakhir pada 2015.

Dalamduata­hundiabera­dadi utara sempadan, lelaki Ireland Utara itu telah memenangi tiga kejuaraan domestik dua kali berturut-turut, pencapaian pertama yang bersejarah dalam bola sepak Scotland.

Bagaimanap­un, pelantikan Gerrard dibuat pada waktu Rodgers buat pertama kalinya mengalami sengketa di dalam dan di luar padang di Celtic Park.

Juara Scotland itu ditewaskan oleh AEK Athens dan tersingkir daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan tewas buat kali kelima pada peringkat domestik di bawah bimbingan Rodgers di Hearts dalam perlawanan liga kedua mereka pada musim ini.

Tanggungja­wab bagi permulaan kempen yang buruk telah diletakkan sepenuhnya di atas lembaga kelab kerana tidak menyokong Rodgers.

Walaupun mempunyai rizab wang tunai sebanyak 30 juta pound (RM150 juta), Celtic terlalu berjimat cermat untuk disukai pengurus dan penyokong mereka sewaktu jendela perpindaha­n.

Celtic hanya menukar perjanjian pinjaman kepada langkah tetap buat penyerang Perancis Odsonne Edouard dan penjaga gol sokongan Scott Bain, menandatan­gani semula pemain pertahanan kiri berusia 32 tahun Emilio Izaguirre secara percuma dan mendapatka perjanjian pinjaman selama dua tahun untuk pemain remaja Australia, Daniel Arzani, dari Manchester City.

Ia berbeza sama sekali jika dibandingk­an dengan wang yang diserahkan kepada Gerrard untuk mendapatka 13 pemain baharu walaupun Rangers kekurangan sumber jika dibandingk­an dengan Celtic.

Rodgers sendiri secara terbuka bertanya mengenai cita-cita lembaga selepas dia melihat pemain tengah Hibs, John McGinn, menyertai Aston Villa.

“Tugas kami pada tahun ini agak jelas dari segi membawa masuk pemain. Kami hanya mahukan pemain berkualiti,” kata Rodgers, malah sebelum pasukannya disingkirk­an oleh AEK.

“Kami kehilangan pemain, jadi perkara paling minimum yang kami perlu buat adalah untuk menggantik­an mereka”

Keadaan lebih buruk mungkin akan berlaku kerana Lyon sedang dalam rundingan untuk mendapatka­n penyerang bintang Moussa Dembele sebelum tarikh akhir kelmarin.

Dembele memainkan peranan penting dalam rekod cemerlang Rodgers bila menentang Rangers.

Dalam 11 pertemuan sejak dua musim lalu, Celtic sudah memenangi sembilan dan seri dua, dengan menyumbat gol agregat 30-6.

“Dia bukan pemain yang kami mahu lepaskan. Dia adalah bakat yang begitu hebat sekali,” kata Rodgers mengenai pemain antarabang­sa bawah 21 Perancis itu, yang sudah menjaringk­an tujuh gol untuk pasukan Old Firm.

Jika pun Dembele terus kekal, Celtic berisiko memiliki seorang lagi pemain yang tidak gembira dalam tangan mereka.

Walaupun mengalami krisis pertahanan,pemainpert­ahanan tengah antarabang­sa Belgium, Dedryck Boyata, enggan bermain dalam perlawanan pusingan kedua menentang AEK di tempat lawan selepas Celtic menolak bidaan yang dilaporkan dari Fulham sebelum jendela perpindaha­n Liga Perdana Inggeris ditutup.

Boyata disambut dengan ejekan dan kain rentang daripada penyokong tegar kelab yang tertera “tidak layak untuk memakai jersi” selepas dia kembali kepada pasukan, tetapi menjaringk­an gol tunggal dalam kemenangan 1-0 yang tidak meyakinkan ke atas Hamilton untuk meletakkan Celtic satu mata di hadapan Rangers. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia