Utusan Borneo (Sabah)

Joging senaman mudah, banyak manfaat terhadap tahap kesihatan

-

SIBU: Joging atau berlari adalah satu bentuk senaman yang mudah serta tidak melibatkan kos dan ia boleh diamalkan pada bila-bila masa.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, senaman tersebut adalah yang terbaik untuk memupuk gaya hidup aktif dan sihat.

“Mungkin ia adalah satu bentuk sukan atau senaman yang paling murah dan tidak melibatkan banyak aksesoriny­a.

“Namun kesannya terhadap kesihatan sangat besar dan bermanfaat jika kerap diamalkan.

“Sama ada anda baharu terlibat dalam bentuk senaman ini ataupun telah lama, saya percaya anda telah mendapat faedah daripada menyertain­ya.

“Jelas sekali, joging atau berlarian menawarkan banyak faedah kepada kesihatan fizikal kita,” katanya berucap merasmikan penutupan ‘The Borneo Post Run 2018’ (BP Run) di Dataran Bandar Sibu Fasa I, pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain, pengerusi jawatankua­sa penganjur Kueh Nguan Seng dan semua penaja.

BP Run 2018 dianjurkan oleh The Borneo Post sementara penaja utama adalah Gree Malaysia Sdn Bhd dan disokong oleh MPS.

Penaja lain termasuk air MOMA, Regal Marketing Sdn Bhd, Kinetic Food Trading Sdn Bhd, Summer Pacific Sdn Bhd, Cass Bridal’s Secretary, Super Jane Fitness & Dance Studio dan Sibu Swan Cycling Club.

Acara tahunan ini juga dibantu oleh Polis Trafik Sibu, RELA dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Sibu.

 ??  ?? LAU (tiga kiri) dan Rogayah (dua kiri) bersama-sama melepaskan para peserta BP Run 2018 di Sibu.
LAU (tiga kiri) dan Rogayah (dua kiri) bersama-sama melepaskan para peserta BP Run 2018 di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia