Utusan Borneo (Sabah)

BERI LAYANAN ADIL

Shafie sambut baik jaminan kerajaan Pusat

- - Bernama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik jaminan bahawa kerajaan Pusat akan memberikan layanan adil kepada aspek pembanguna­n di negeri ini.

Menurutnya jaminan itu bukan hanya menyentuh soal gaji minimum tetapi juga meliputi perkara lain berkaitan pembanguna­n di Sabah.

“Saya tentunya akan berbincang bersama (Tun Dr Mahathir) mengenai perkara lain juga, apa yang kita minta bukan sahaja berkaitan mendapatka­n gaji minimum sahaja.

“Tetapi kita juga bercakap mengenai populasi Sabah yang kecil dari segi jumlah, tetapi besar dari segi saiz,” katanya kepada media selepas melancarka­n Program Karnival Pekerjaan 5.0 sempena Kembara Kerjaya Sabah 2018, di sini pada Ahad.

Shafie berkata meskipun mempunyai populasi penduduk yang kurang namun keperluan mereka yang tinggal di kawasan terpencil tidak harus dipinggirk­an untuk menikmati kemudahan asas.

“Saya gembira kerana perubahan harus dilakukan dan apa yang telah disebutkan sebelum ini akan dipenuhi. Ini adalah selaras dengan apa yang telah kita katakan sebelum pilihan raya,” katanya.

Semalam dalam sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyentuh mengenai pelaksanaa­n dasar dan pembanguna­n di Sabah dan Sarawak.

Dr Mahathir memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi layanan yang adil kepada Sabah dan Sarawak serta tidak membezakan kedua-dua negeri itu dengan negerinege­ri di Semenanjun­g Malaysia.

Sementara itu, Program Karnival Pekerjaan yang diadakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah itu akan menjelajah ke beberapa lokasi yang - Gambar Jabatan Penerangan bermula di Kota Kinabalu pada Ahad sebelum ke Kudat, Kota Marudu, Ranau dan berakhir di Keningau pada 6 Sept ini.

 ??  ?? SHAFIE (empat kanan) melakukan tinjauan melihat suasana pendaftara­n pencari pekerjaan.
SHAFIE (empat kanan) melakukan tinjauan melihat suasana pendaftara­n pencari pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia