Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal patah tangan dan kaki

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang buruh binaan cedera parah patah tangan kanan dan kaki kiri dalam kemalangan di Jalan Kuhara simpang Jalan Jabatan Haiwan, kira-kira jam 7 malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata motosikal yang ditunggang mangsa, Ady Sakka, 30, berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki, 65.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda, seorang pegawai di sebuah jabatan negeri tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanyadal­amsatukeny­ataan di sini pada Ahad.

Jelas beliau siasatan awal mendapati kemalangan disyaki berlaku akibat kecuaian pemandu pacuan empat roda terbabit ketika memasuki simpang di sebelah kanan jalan.

Menurut Fadil kenderaan pacuan empat roda itu dilanggar oleh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentang­an, semasa pemandumem­asukikawas­an simpang terbabit.

“Penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Lampu Isyarat Jalan Tengku Osman menghala ke arah Bulatan Jalan Kuhara/Air Panas sebelum kemalangan itu berlaku.

“Namun, kenderaan pacuan empat roda terlibat pula, membelok dari arah bertentang­an secara tibatiba untuk memasuki simpang Jalan Jabatan Haiwan di sebelah kiri motosikal.

“Keadaan itu menyebabka­n penunggang motosikal berkenaan yang berada di laluan lurus tidak sempat mengelak dan terlanggar pacuan empat roda terbabit,” katanya.

Siasatan kes masih lagi berjalan dan dikendalik­an Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Tawau Sjn David Charles mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? PENUNGGANG terbaring di atas jalan raya selepas kemalangan itu.
PENUNGGANG terbaring di atas jalan raya selepas kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia