Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk bantah tindakan PBT

Jadikan tanah adat sebagai pelupusan sampah

-

KOTA MARUDU: Lebih 2,000 penduduk Kampung Mangaris Darat dan sekitar, 18km dari sini, membantah pengukuran tanah adat nenek moyang mereka seluas 100 ekar di atas bukit, bersebelah­an padang ragut Jabatan Haiwan untuk dijadikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai tapak pelupusan sampah.

Mantan pengerusi JKKK yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak ‘Mangaris Bantah’ Benson Gampawi berkata mereka membantah dan menentang langkah PBT itu bukan kerana anti kerajaan tetapi kerana kelangsung­an hidup dan masa depan masyarakat perkampung­an terlibat menolak pencemaran.

“Hari ini, kami bangkit membantah, kami berdiri menentang kerana cadangan PBT ini hanya menjejaska­n kesihatan penduduk, sumber air, merampas hak penduduk dan menggugat masa depan anak-anak penduduk,” katanya selepas mempengeru­sikan Jawatankua­sa Mangaris Bantah di Balai Raya Kampung Mangaris Darat pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Tobilung Sabah (Tobisa) Janis Kansirong, Ketua Kampung Mangaris Darat Motinggol Sigoh dan mantan pengerusi JKKK Ulu Kukut Kota Belud, Maicrol Elang, Apin Lapeh serta beberapa anggota polis.

Benson berkata sejak desasdesus tanah adat 100 ekar itu dicadangka­n sebagai lokasi pelupusan sampah pada tahun 2015, mereka telah membantah secara aman dan menghantar surat bantahan kepada PBT berkenaan.

“Bantahan ini juga telah kami panjangkan kepada pelbagai jabatan kerajaan di Kota Marudu termasukla­h Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar untuk menyatakan asas bantahan kami berkenaan enakmen hutan negeri, tapi nampaknya pihak berkaitan masih meneruskan cadangan mereka.

“Saya bagi pihak Jawatankua­sa Bertindak Mangaris Bantah meminta jasa baik Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar campur tangan dan meneliti secara mendalam kemungkina­n berlakunya ketirisan kuasa sehingga bantahan pengukuran tidak diendahkan dan wujudnya pengukuran semula pada minggu lalu,” katanya.

Beberapa kampung berdekatan yang menerima impak buruk secara langsung daripada pelupusan sampah itu ialah Kg Mangaris Darat, Kg Mangaris Laut, Kg Nalapak, Kg Bukit Lalang, Kg Tonsom dan Kg Pancur.

Kampung lain yang terjejas pencemaran kumbahan sampah menerusi sungaisung­ai kecil dalam daerah Kota Belud ialah Kg Ulu kukut, Kg Mantanau, Kg Timbang, Kg Kukut, Kg Timbang Mangaris dan Kg Lugu.

“Menjadikan Kg Mangaris sebagai tapak pelupusan sampah adalah satu idea mengarut dan tidak berperikem­anusiaan,” kata Benson.

Menurut Maicrol, tindakan seumpama itu akan menjejaska­n kesihatan penduduk dan pencemaran kepada sumber air mereka menerusi tadahan air serta empangan paip graviti perkampung­an sekitar.

Katanya, kewujudan tapak pelupusan sampah itu nanti akan menyebarka­n kekotoran sampah melalui pencemaran udara, pencemaran tanah dan penghapusa­n pokok-pokok yang menjadi pelindung kepada tadahan air sejak lama dahulu.

Sementara Janis berkata, pihaknya difahamkan sebelum terbentukn­ya Malaysia, nenek moyang keturunan Dusun Tobilung sudah mendiami Kg Mangaris dan begitu juga sebelum wujudnya agensi Pembanguna­n Perhutanan Sabah(Safoda),nenekmoyan­g mereka sudah bermastaut­in di kawasan itu.

“Tanah yang hendak diambil oleh pihak berkenaan adalah tanah adat penduduk Kg Mangaris Darat yang juga tanah pusaka khusus untuk penduduk Mangaris.

“Atas alasan kelulusan Safoda,kerajaante­mpatandan PBT cuba merampas tanah adat keturunan Tobilung, tidak cukup pula dengan tindakan Safoda menghalang peluang penduduk meningkatk­an ekonomi melalui program Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), sekarang PBT terbabit mahu merampas tanah adat Dusun Tobilung.

“Tobisa akan sentiasa campurtang­an untuk mempertaha­nkan tanah adat pusaka masyarakat Tobilung dengan apa cara sekalipun kerana ini adalah tanah tumpah darah bangsa kami, ini tanah keluarga kami, ini pusaka kami... Mangaris Bantah..!!,” katanya dengan tegas.

“Bantahan ini juga telah kami panjangkan kepada pelbagai jabatan kerajaan di Kota Marudu termasukla­h Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar untuk menyatakan asas bantahan kami berkenaan enakmen hutan negeri, tapi nampaknya pihak berkaitan masih meneruskan cadangan mereka.

BENSON GAMPAWI Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak ‘Mangaris Bantah’

 ??  ?? BENSON (tiga kiri) bersama sebahagian penduduk Kg Mangaris Darat dan sekitar membantah pengukuran 100 ekar tanah adat dijadikan pelupusan sampah.
BENSON (tiga kiri) bersama sebahagian penduduk Kg Mangaris Darat dan sekitar membantah pengukuran 100 ekar tanah adat dijadikan pelupusan sampah.
 ??  ?? BENSON mempengeru­si Jawatankua­sa Bertindak Mangaris Bantah yang dihadiri Janis, Matinggal, Maicorl dan anggota polis.
BENSON mempengeru­si Jawatankua­sa Bertindak Mangaris Bantah yang dihadiri Janis, Matinggal, Maicorl dan anggota polis.
 ??  ?? BENSON
BENSON
 ??  ?? JANIS
JANIS
 ??  ?? MAICORL
MAICORL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia