Utusan Borneo (Sabah)

Proses pemutihan penerima Elaun Sara Hidup nelayan dilaksana

-

KUALA TERENGGANU: Proses pemutihan terhadap penerima Elaun Sara Hidup (ESH) nelayan kini giat dilakukan bagi memastikan hanya mereka yang berkelayak­an sahaja memperoleh manfaat itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata proses itu melibatkan 55,000 penerima sebelum ini di seluruh negara dan keutamaan diberikan kepada ‘nelayan tulen’.

Antara syarat yang dikenakan ialah nelayan perlu turun ke laut sekurangku­rangnya 120 hari setahun.

“Pemutihani­niperluker­ana ia (bantuan) sepatutnya diberi kepada kumpulan sasar yang sebenar. Jangan ada penipuan di situ. Ini ada yang tak jadi nelayan pun dapat insentif itu,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pemimpin nelayan Terengganu, di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi dan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa negeri Dr Azman Ibrahim.

Menurut Salahuddin, proses pemutihan itu juga penting bagi membolehka­n pengumpula­n data terkini nelayan sekali gus memudahkan pemberian insentif baharu kepada mereka yang benar- benar layak.

Selain itu, katanya kementeria­n juga sedang merangka pelan strategik untuk pertingkat­kan insentif kepada nelayan dalam bentuk lain selain bantuan kewangan yang akan memberi kesan serta meningkatk­an taraf hidup.

“Pelan tindakan sedang disiapkan oleh kementeria­n dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Kita juga telah mengenal pasti beberapa lokasi di setiap negeri untuk skim perumahan mampu milik nelayan,” katanya.

Kerajaan telah membelanja­kan sebanyak RM13.6 billion untuk pembanguna­n sektor perikanan negara bermula tahun 2009 hingga 2016, termasuk bagi pembinaan pelabuhan kompleks perikanan, pembinaan jeti, pemberian subsidi minyak dan diesel serta ESH nelayan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia