Utusan Borneo (Sabah)

Pengawal keselamata­n tembak rakan sekerja diburu polis

-

PARIT: Seorang pengawal keselamata­n Orang Asli ditemukan maut ditembak rakan sekerja di balai pengawal sebuah kilang ubat di Taman Farmasi di Seri Iskandar, di sini, malam Jumaat.

Mangsa, Masri Anak Pandak, 37, dijumpai terbaring dengan kesan tembakan pada dada dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol dari jarak dekat kira-kira 8 malam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt MohamadZai­nalAbdulla­h berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada 8.25 malam daripada seorang lagi rakan setugas mangsa.

Katanyasem­asakejadia­n mangsa bertugas bersama pengadu dan suspek yang kini sudah menghilang­kan diri selepas kejadian menjadi suspek utama dalam insiden itu.

“Polis kini sedang mengesan suspek untuk kita rekodkan keterangan dan menjalanka­n siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam Jumaat.

Mohamad Zainal berkata pihaknya turut menemukan satu kelongsong dan satu anak peluru di lokasi kejadian.

Katanya suspek yang berumur 52 tahun itu telah bekerja di kilang tersebut sejak 2012 dan mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes curi, manakala mangsa yang telah bekerja hampir tiga tahun tidak mempunyai rekod jenayah.

“Setakat ini kita sudah mengambil keterangan semua pengawal kilang itu dan hasil siasatan awal kejadian mungkin berlaku disebabkan masalah peribadi, namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenarnya,” katanya.

Polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kilang itu bagi membantu siasatan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia