Utusan Borneo (Sabah)

Industri kraftangan terus diperkasa

Kementeria­n manfaatkan pasaran luar negara sebagai sasaran

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Industri kraftangan akan terus diperkasak­an dengan menumpu galakan penghasila­n dan pemasarann­ya sehingga pasaran luar negara.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi berkata kementeria­n akan memanfaatk­an pasaran luar negara sebagai sasaran untuk mengembang­kan pemasaran produk.

“Dengan memasarkan produk kraftangan di luar negara, pengusaha-pengusaha tempatan khasnya di luar bandar sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjana pendapatan,” katanya.

Menurutnya, kaedah menghantar pegawai kementeria­n ke kawasan luar bandarbagi­bertemupen­gusaha kraftangan akan membawa kepada perbincang­an lanjut tentang usaha dan langkah berkesan kementeria­n membantu mereka.

Katanya kementeria­n komited untuk memperkasa aktiviti pengusaha kraftangan kerana seperti sebelumnya produk kraftangan yang dihasilkan dapat membantu rakyat terutama di pelosok kampung-kampung di luar bandar.

Mohammadin yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kecil Tungku, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku, di sini pada Ahad.

Pada perkembang­an lain, beliau optimis daerah kecil Tungku akan dapat dinaik taraf menjadi daerah penuh tidak lama lagi.

“Kitaakanbe­rundingden­gan Ketua Menteri dan kerajaan negeri untuk membolehka­n Tungku mendapatka­n status daerah penuh,” katanya.

Beliau yang juga ketua bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) Silam dalam ucapannya menyeru rakyat memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan agar agenda pembanguna­n dapat dilaksanak­an.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Tungku Assaffal P Alian dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Jablee Jeratul.

“Dengan memasarkan produk kraftangan di luar negara, pengusaha-pengusaha tempatan khasnya di luar bandar sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjana pendapatan.

DATUK MOHAMMADIN KETAPI Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

 ??  ?? (Gambar kiri) MOHAMMADIN dan Assaffal bersama sebahagian peserta pertanding­an perbarisan.
(Gambar kiri) MOHAMMADIN dan Assaffal bersama sebahagian peserta pertanding­an perbarisan.
 ??  ?? JABLEE menyampaik­an cendera kenangan kepada Mohammadin, diperhatik­an Assaffal.
JABLEE menyampaik­an cendera kenangan kepada Mohammadin, diperhatik­an Assaffal.
 ??  ?? ANTARA peserta acara pertanding­an perbarisan.
ANTARA peserta acara pertanding­an perbarisan.
 ??  ?? MOHAMMADIN berucap pada majlis itu.
MOHAMMADIN berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia