Utusan Borneo (Sabah)

Rumah kampung jadi perpustaka­an komuniti

-

BALAKONG: Sejak dari kecil lagi Lee Soon Yong, 29, mengimpika­n untuk memiliki sebuah perpustaka­an komuniti kanak-kanak di kampung halamannya.

Sebagai anak jati Kampung Baharu Batu 11, Cheras, beliau berkata usaha mewujudkan perpustaka­an itu adalah bakti yang dapat dicurahkan kepada penduduk kampung yang dianggap sebahagian daripada anggota keluargany­a.

Justeru, sebaik sahaja tamat pengajian dalam bidang Sains Arkitek dari National Yunlin University of Science and Technology, Taiwan, Lee sanggup menolak tawaran bekerja di firma terkemuka untuk pulang ke kampung halaman enam tahun lalu bagi merealisas­ikan usaha tersebut.

“Saya memulakan perpustaka­an mini itu yang bersaiz kontena dan dikendalik­an bersama-sama sukarelawa­n yang terdiri daripada rakan-rakan sekampung. Kami menamakan perpustaka­an mini ini sebagai ‘Little Giraffe Book Club’ bagi mewujudkan kemesraan kepada kanak-kanak di kampung ini.

“Buku-buku yang kami miliki tidak banyak dan kebanyakan­nya diderma oleh penduduk kampung. Selain itu, kontena itu juga sempit dan kecil sehingga saya berfikir untuk berpindah ke kawasan yang lebih luas,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selepas hampir lima tahun beroperasi, perpustaka­an itu dipindahka­n ke sebuah rumah kampung yang mempunyai ruang yang lebih besar.

Bagi menjadikan ‘Little Giraffe Book Club’ lebih berkonsepk­an hijau, Lee menggunaka­n bahan-bahan binaan kitar semula yang disumbangk­an oleh penduduk kampung dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kami melancarka­n kempen ‘satu kayu satu penduduk’ iaitu setiap daripada mereka menyumbang­kan kayu dan perabot terbuang untuk dikitar semula untuk digunakan bagi mengubahsu­ai rumah kampung itu.

“Saya menggunaka­n kepakaran saya untuk mereka bentuk dan mengubahsu­aikannya sendiri bagi membenarka­n pengaliran udara dan cahaya secara semulajadi dengan bantuan secara gotong-royong bersama-sama penduduk,” katanya.

Lee berkata bagi menampung kos pengendali­an perpustaka­an itu, beliau turut membuka cafe di perpustaka­an berkenaan.

“Kanak-kanak boleh masuk dan keluar dari perpustaka­an ini tanpa mengira masa. Paling tidak, di sini, mereka boleh bermainmai­n dan membaca, tidak sama sekali berkeliara­n di jalan raya.

“Selain itu, kami turut menyediaka­n ruang lepak di bawah pokok kawasan lapang hadapan perpustaka­an ini untuk penduduk-penduduk kampung mengeratka­n siraturahi­m sesama mereka,” katanya sambil melahirkan rasa gembira kerana perpustaka­an itu mendapat sambutan menggalakk­an. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia