Utusan Borneo (Sabah)

Penternak diminta hasil ikan pelaga berkualiti tinggi

-

KUALA KANGSAR: Jabatan Perikanan Perak meminta penternak dan pengusaha ikan pelaga spesies Betta supaya menghasilk­an varieti bermutu tinggi memandangk­an ia mempunyai permintaan memberangs­angkan termasuk di peringkat antarabang­sa.

Pengarahny­a Zaki Mokri berkata ikan tersebut merupakan antara ikan hiasan yang mendapat permintaan tinggi khususnya dari negara seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan Taiwan.

“Kami sedia membantu dengan mengadakan latihan kepada penternak terbabit untuk menghasilk­an ikan Betta yang berkualiti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan penutup program 4th Perak Betta Splendens Open 2018 di Pusat Ikan Hiasan Enggor, dekat sini pada Ahad.

Zaki berkata pada 2016, negara mengekspor­t 50 juta ekor ikan hiasan bernilai RM57 juta, membuktika­n produk Malaysia mempunyai standard yang tinggi selepas Thailand dan Indonesia.

“Kita juga memenangi banyak pertanding­an dan ini membuktika­n kualiti ikan hiasan termasuk ikan Betta kita baik,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Zaki berkata penternaka­n ikan Betta berpotensi berkembang kerana tidak banyak negara di dunia yang mempunyai keupayaan menjadi pembekal ikan tersebut.

Mengulas mengenai pertanding­an hari ini, beliau berkata ia berupaya mencipta peluang baharu dalam industri seperti pelanconga­n dengan menarik peserta dari dalam dan luar negara.

Sebanyak 544 ekor ikan hiasan menyertai pertanding­an kali ini berbanding 350 ekor pada tahun lalu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia