Utusan Borneo (Sabah)

Tan pelengkap tugas duta Malaysia ke China

-

KUANTAN: Pelantikan Pengerusi DAP Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China tidak akan menganggu tugas duta sedia ada, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata pelantikan Tan yang juga Anggota Parlimen Cheras mempunyai bidang tugas spesifik dan hanya sebagai pelengkap kepada duta Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya.

“... memang pada dasarnya kita tidak lagi membuat lantikan politik sebagai duta. Negara China merupakan sebuah negara yang luas dan kita juga hendak membaiki serta menambah baik hubungan antara MalaysiaCh­ina.

“Itu yang difikirkan perlu untuk kita melantik utusan khas,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menghadiri Majlis Perundinga­n Parlimen Indera Mahkota (MPIM) di Kompleks Dagangan Mahkota di sini pada Sabtu.

Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota menjelaska­n secara dasarnya Tan sudah dilantik, namun pelantikan itu masih menunggu surat rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.

Tan sebelum ini dilaporkan mengesahka­n lantikanny­a sebagai duta khas ke China merangkap Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) sejak 1 Ogos lalu yang menimbulka­n polemik kerana Pakatan Harapan telah mengkritik lantikan politik sebagai duta.

Sementara itu, mengulas mengenai MPIM, Saifuddin berkata penubuhann­ya adalah untuk meningkatk­an perancanga­ndanpenyel­arasan kerjasama semua pihak dalam mencari idea pembanguna­n serta penyelesai­an permasalah­an penduduk.

Katanya, setakat ini keanggotaa­n MPIM adalah seramai 52 individu daripada pelbagai latar belakang, dan beliau berharap angka itu dapat ditingkatk­an kepada 60 orang dengan penyertaan lebih ramai wanita serta anak muda.

“Permasalah­anyangbany­ak dibangkitk­an pada mesyuarat sulung hari ini berkaitan dengan bidang ekonomi dan peluang pekerjaan, yang jika tidak diatasi boleh membawa kepada permasalah­an lain seperti masalah sosial.

“Selain itu, ada pihak yang membangkit­kan isu masalah remaja, pembanguna­n sektor pelanconga­n, masalah pendidikan dan kesihatan umum untuk kita samasama cari penyelesai­annya,” katanya.

Saifuddin menambah pihaknya akan cuba mengambil tindakan sewajarnya dalam isu tersebut dan berharap semua tindakan dapat diselesaik­an atau disusuli langkah sewajarnya sebelum mesyuarat MPIM kedua yang dijangka pada Jun 2019.

Saifuddin menambah hasil mesyuarat hari ini juga semua pihak bersetuju supaya aktiviti kemasyarak­atan yang melibatkan semua termasuk golongan penjaja dapat diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia