Utusan Borneo (Sabah)

Tiada penularan wabak beguk di Perak: Lee

-

GOPENG: Tiada kes baharu wabak beguk dilaporkan di sekolah seluruh negeri Perak sehingga kini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata penularan wabak beguk dapat ditangani dan kebiasaany­a pesakit beguk akan pulih dalam tempoh kurang dua minggu.

“Mereka (pelajar dan ibu bapa) tidak perlu bimbang kerana pelajar hanya perlu berehat untuk pulih sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ribut di sini pada Ahad.

Rabu lalu, 21 pelajar lelaki Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, di Ipoh dijangkiti wabak berkenaan, namun semua kes dilaporkan stabil dan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Penyakit beguk disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovi­rus yang akan menyebabka­n pesakit mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan sakit serta bengkak kelenjar air liur.

Lee berkata pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa pelajar bagaimanap­un perlu mengambil langkah berjaga-jagabagime­mastikan wabak tersebut tidak merebak.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya Lee yang juga anggota Parlimen Gopeng berkata 39 buah rumah di tiga kawasan perumahan terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku lewat petang semalam.

Beliau berkata pihaknya telah menghulurk­an bantuan segera kepada mangsa bagi meringanka­n beban mereka yang kebanyakan­nya golongan berpendapa­tan rendah.

Jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia