Utusan Borneo (Sabah)

Pembekalan elekrik: Berikan kebenaran penggunaan tanah

-

KAPIT: Masyarakat luar bandar di Sarawak digesa untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri Sarawak dan Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi menyelesai­kan isu kebenaran penggunaan tanah bagi memudahkan program pembekalan elektrik negeri.

Menteri Utiliti Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata kerajaan negeri berhasrat untuk mencapai bekalan elektrikse­penuhnyame­njelang tahun 2025 dan pada masa ini terdapat kira-kira 30,400 isi rumah (9 peratus) di kawasan luar bandar yang masih belum menikmati bekalan elektrik 24 jam.

“Membekalka­n tenaga elektrik kepada sebahagian penduduk Sarawak yang tinggal di pendalaman yang berbukit, bergunung ganang dan jauh di pendalaman, adalah tugas yang sangat mencabar.

“Bagaimanap­un, kerajaan negeri akan berusaha memastikan semua rakyat termasuk penduduk pendalaman menikmati bekalan elektrik 24 jam,” katanya di Majlis Penyerahan Hak Milik Sistem Janakuasa Solar SARES untuk Sungai Pila, Sungai Gaat, Kluster Sungai Katibas di Bahagian Kapit pada Ahad.

Rundi berkata, dengan siapnya program penyaluran bekalan elektrik bernilai RM20 juta di bawah SARES atau Skim Elektrik Luar Bandar Sarawak, ianya akan dapat dimanfaatk­an oleh 2,832 orang daripada 322 keluarga dari 18 rumah panjang - lima rumah panjang di Sungai Pila dan tiga rumah panjang di Sungai Gaat di Kapit; dan 10 buah rumah panjang di Sungai Katibas, Song.

Manakala 161 keluarga lagi dari sembilan rumah panjang di kawasan Mujong di Kapit akan menikmati bekalan elektrik 24 jam sebaik sahaja program penyaluran bekalan elektrik di bawah SARES di kawasan tersebut siap dibina hujung bulan ini.

“Untuk pelaksanaa­n projek berasaskan komuniti ini, masyarakat setempat perlu memberikan keizinan untuk tanah mereka dibersihka­n dan digunakan tanpa syarat.

“Apabila selesai, sistem itu akan diserahkan kepada komuniti terbabit untuk operasi dan penyelengg­araan mudah di mana SEB akan menjalanka­n penyelengg­araan berkala dari semasa ke semasa,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang telah bekerjasam­a menjayakan pelaksanaa­n projek tersebut di kawasan masing-masing

Beliau berkata, pelaksanaa­n projek SARES di Bahagian Kapit tahun ini akan melibatkan 46 rumah panjang (965 keluarga); 23 rumah panjang (467) tahun hadapan dan 55 rumah panjang (1,215) pada tahun 2020.

Sejumlah RM500 juta diperuntuk­kan bagi tempoh 2016-2020 untuk menyediaka­n bekalan elektrik di bawah SARES kepada 8,700 keluarga di seluruh negeri dan sehingga kini, lebih daripada 2,300 keluarga dari 98 kampung dan rumah panjang telahpun menikmati bekalan elektrik 24 jam.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia