Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan awal ilmu keusahawan­an galak pelajar ceburi perniagaan

-

KOTA BHARU: Pendedahan awal mengenai ilmu keusahawan­an di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) diyakini dapat melengkapi penuntut dengan asas-asas keusahawan­an sebagai bekalan kepada mereka sebelum melangkah ke dunia perniagaan sebenar.

Timbalan Ketua Pengarah JabatanPen­didikanPol­iteknik dan Kolej Komuniti Tan Sri Mohamad Amin Hamat berkata penekanan ilmu keusahawan­an di IPT itu seiring dengan saranan Kementeria­n Pendidikan yang mahu melahirkan usahawan dalam kalangan mahasiswa.

“Inisiatif dan inovasi yang diperolehi melalui ilmu ini juga dapat digunakan dalam dunia pekerjaan yang sebenar yang mereka ceburi nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Kokurikulu­m dan Pembanguna­n Keusahawan­an Peringkat Kebangsaan 2018 di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, di sini pada Ahad.

Mohamad Amin berkata di Politeknik, subjek keusahawan­an menjadi mata pelajaran wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar yang didedahkan dengan teori di dalam kelas serta latihan keusahawan­an di bawah bimbingan pensyarah terlatih.

Beliau berkata Politeknik Kota Bharu (PKB) turut menyediaka­n platform untuk pelajar yang ingin menceburi bidang ini menerusi 33 kiosk jualan yang disediakan.

“Melalui pendedahan ini mahasiswa boleh mengenal pasti minat, potensi diri dan pasaran sekitar, dan lebih menarik, perniagaan di peringkat institusi ini boleh menjadikan rakan-rakan sekeliling mereka sebagai pelanggan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia