Utusan Borneo (Sabah)

Floria jenamakan Putrajaya sebagai lokasi festival bunga dunia

-

PUTRAJAYA: Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Floria Diraja Putrajaya 2018 yang berakhir hari ini merupakan branding terbaik bagi mengangkat nama Putrajaya sebagai lokasi penganjura­n festival bunga dan taman di dunia.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abd Samad berkata, Floria Diraja Putrajaya kini bukan sahaja satu festival pameran bungabunga­an malah mewujudkan peluang-peluang ekonomi dan perniagaan kepada para usahawan.

“Ini sekaligus merangsang pertumbuha­n industri bunga-bungaan, landskap dan pelanconga­n,” katanya ketika berucap pada majlis penutup dan penyampaia­n hadiah Floria Diraja Putrajaya 2018, di sini pada Ahad.

Floria Diraja Putrajaya 2018 yang dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada 25 Ogos melabuhkan tirainya tengah malam ini selepas berlangsun­g selama sembilan hari.

Jelas Khalid, Floria Diraja Putrajaya 2018 mencatat sejarah tersendiri dengan pengisian program buat seisi keluarga melalui penganjura­n ketika sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Floria Sdn Bhd Haslinda Khalid ketika ditemui berkata seperti dijangkaka­n pengunjung paling ramai dicatatkan pada 31 Ogos iaitu selepas acara Sambutan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 di sini berakhir.

Namun jumlah sebenar pengunjung pada hari tersebut belum dapat saya nyatakan kerana sesetengah data masih belum dikemaskin­i, katanya.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang pertama kali menyertai Floria Diraja Putrajaya menang besar apabila membawa pulang empat anugerah.

Anugerah yang diterima ialah Garden Prime Award yang membawa piala pusingan Royal Floria Putrajaya bersama wang tunai RM15,000.

Dua lagi anugerah yang dimenangi ialah Gardens of Malaysia Award bersama wang tunai RM5,000 manakala pereka Laman Sri Terengganu Syamsul Syahiran Mohd Samsuddin pula memenangi anugerah pereka terbaik.

Satu lagi anugerah yang dimenangi Terengganu ialah Most Popular Garden Award berdasarka­n pemilihan dalam talian oleh pengunjung.

Sementara itu, penyelaras projekLama­nSriTereng­ganu, Wan Muzamir Wan Arif ketika ditemui berkata, beliau mendapat inspirasi dari istana lama Terengganu selain cuba memperkena­lkan senibina negeri tersebut kepada masyarakat. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia