Utusan Borneo (Sabah)

Ajal di Bukit Sebangkoi

Remaja maut, empat lagi cedera dalam pertembung­an dua kereta

-

SARIKEI: Seorang remaja lelaki terbunuh manakala empat lagi cedera dalam pertembung­an dua kereta di Bukit Sebangkoi dekat sini, pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu dalam kenyataann­ya berkata, Danial Tong Jia Yong, 20, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi mangsa mengalami pelbagai kecederaan.

Menurutnya, dalam kejadian sekitar jam 8.45 pagi itu, kereta dipandu Daniel yang dikatakan menuju ke Kuching dipercayai hilang kawalan dan termasuk ke laluan bertentang­an dan merempuh kereta yang bergerak dari Beladin ke Sarikei sebelumter­babas ke bahu jalan.

Alexson berkata, seorang lelaki, 21, yang menaiki kereta Daniel patah tulang paha dalam nahas tersebut, manakala pasangan suami isteri berumur 35 dan 33 tahun yang menaiki sebuah lagi kereta masing-masing patah tulang rusuk dan patah betis kanan.

“Anak perempuan mereka yang berumur tujuh tahun turut tercedera dan keadaannya masih belum dapat dipastikan setakat ini,” katanya.

Alexson menambah, siasatan awal menunjukka­n kemalangan berlaku di jalan berselekoh menuruni bukit dan keadaan jalan basah dan licin semasa kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

Mereka kemudian menggunaka­n peralatan menyelamat untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

 ??  ?? MANGSA yang maut dalam kemalangan tersebut.
MANGSA yang maut dalam kemalangan tersebut.
 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang maut.
KEADAAN kereta mangsa yang maut.
 ??  ?? DUA daripada mangsa yang tercedera diberi rawatan kecemasan.
DUA daripada mangsa yang tercedera diberi rawatan kecemasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia