Utusan Borneo (Sabah)

Kemungkina­n besar kerajaan semasa teruskan keputusan tukar status IPG Miri

-

MIRI: Terdapat kemungkina­n besar kerajaan sekarang akan meneruskan keputusan kerajaan terdahulu untuk menukar status Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri kepada politeknik atau pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), kata Lukanisman Awang Sauni (gambar).

Bagaimanap­un, kata Ahli Parlimen Sibuti itu, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) terbuka untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak dan bersedia membuat kajian semula terhadap isu tersebut jika terdapat perkembang­an terbaharu.

Beliau diminta untuk mengulas mengenai maklum balas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching kepada Senator Alan Ling Sie Kiong di Dewan Negara baru-baru ini.

Ujarnya, semasa sidang Dewan Rakyat lalu, kementeria­n tetap bersetuju dengan keputusan kabinet lepas yang dibuat pada 24 Mei 2017 untuk menukar status sembilan IPG berdasarka­n kepada keputusan daripada kajian yang telah dibuat.

“Saya telah mengemukak­an soalan kepada Parlimen semasa sidang baru-baru ini dan jawapannya adalah kerajaan akan meneruskan penutupan IPG dan menukar statusnya kepada pusat TVET di mana saya juga menyatakan pandangan saya dengan menyertaka­n isu sama dalam perbahasan titah diraja.

“Saya bawakan sebabsebab mengapa IPG perlu dikekalkan di utara Sarawak bagi memenuhi pengambila­n guru pelatih di bahagian utara seperti Bintulu, Baram, Miri, Limbang dan Lawas di samping untuk memastikan kuota 90:10 guru tempatan dapat dicapai,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Malah, Lukanisman berkata, semasa sesi penggulung­an Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ada menyatakan bahawa penutupan IPG tidak akan menjejaska­n pengeluara­n guru kerana kebanyakan pelajar lebih berminat untuk mendapatka­n Sarjana Muda Pendidikan di universiti tempatan.

“Dr Maszlee pada dasarnya berkata kekurangan kemasukan di IPG dan keutamaan pelajar untuk memasuki Universiti Awam (UA) adalah antara sebab yang membawa kepada keputusan mengubah status IPG ke pusat TVET,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia