Utusan Borneo (Sabah)

Hingga 90 peratus graduan vokasional, politeknik dapat kerja selepas pengajian

-

KUCHING: Sekitar 80 hingga 90 peratus graduan vokasional dan politeknik mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong mendedahka­n, pada masa sama graduan universiti awam kini berhadapan dengan kesukaran untuk menempatka­n diri dalam sektor pekerjaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa dan orang ramai mengubah persepsi bahawa bidang vokasional dan kemahiran hanya untuk mereka yang kurang cemerlang dalam akademik.

“Inilah persepsi masyarakat yang hanya memikirkan akademik sahaja untuk berjaya,” katanya ketika berucap pada majlis konvokesye­n Kolej Vokasional Malaysia di sini semalam.

Manyin menambah, dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 pada masa ini, bidang vokasional dan kemahiran amat diperlukan untuk negara bergerak maju ke hadapan.

“Ia adalah ilmu yang diperlukan untuk memenuhi permintaan industri ini untuk kita maju ke hadapan. Keadaan sudah berubah.

“Kebanyakan negara yang maju dalam industri ini mempunyai nisbah pelajar 50 per 50 bagi bidang akademik dan vokasional. Tetapi kita pula kurang daripada 15 peratus,” dedahnya.

Tegasnya lagi, ini menunjukka­n ibu bapa masih bergantung kepada bidang akademik untuk anak-anak mereka berjaya.

Pada masa sama, beliau menyaranka­n agar para graduan memperkasa­kan kemahiran berkomunik­asi agar dapat bersama-sama bergerak maju ke hadapan.

“Kajian menunjukka­n orang bukan kehilangan kerja disebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran, tetapi disebabkan tidak boleh berkomukas­i dengan baik. Inilah yang perlu dipelajari,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia