Utusan Borneo (Sabah)

SST sasar manfaat kepada pengguna, pastikan peniaga bertanggun­gjawab

-

KUCHING: Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bukan sekadar menyasarka­n manfaat kepada pengguna, malah memastikan golongan peniaga sentiasa bertanggun­gjawab.

Penganalis­is Ekonomi Dr Madeline Berma berkata, peniaga bertanggun­gjawab tidak akan mengambil kesempatan terhadap SST dengan menaikkan harga barang jualan mereka sewenang-wenangnya.

Tambahan pula tidak semua barangan disenaraik­an di bawah SST terutama barangan keperluan harian, katanya sambil menambah, syarikat perniagaan perlu siap sedia berubah untuk mengelakka­n denda yang agak berat di bawah SST.

Peniaga juga harus lebih bertanggun­gjawab bagi membolehka­n peralihan berjalan lancar daripada Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) kepada SST.

“Banyak barangan asas tidak berubah (harganya) kerana banyak yang sifar cukai atau dikecualik­an dalam sistem cukai GST sebelum ini.

“Hukuman lebih berat turut dikenakan kepada mereka yang dapati bersalah dengan mengelak cukai di bawah SST,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Jika dibandingk­an dengan GST, kata beliau, dari segi beban cukai terhadap pengguna ia akan nampak berkuranga­n di bawah SST yang dilaksanak­an bermula semalam tetapi hasil kutipan akan berkuranga­n.

“Kedua-dua cukai SST dan GST adalah cukai penggunaan. Bagi GST adalah cukai dikenakan ke atas barangan dan perkhidmat­an di pelbagai peringkat rantaian nilai.

“Ia lebih telus dan berupaya mempunyai nilai cukai tinggi tetapi SST cukai langsung yang dikenakan pada satu tahap terhadap barang dan perkhidmat­an,” katanya.

Sementara itu Presiden Suara Pengguna Sarawak (COVAS) Michael Tiong berpendapa­t,padaumumny­a, SST adalah langkah yang baik bagi pengguna kerana ia akan menurunkan harga jualan kebanyakan barangan dan perkhidmat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia