Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sarawak digesa tidak lupa tarikh 22 Julai 1963

-

MIRI: Rakyat Sarawak terutama golongan belia digesa tidak melupakan tarikh penting dalam sejarah negeri iaitu 22 Julai 1963.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau DatukSebas­tianTingbe­rkata, tarikh tersebut mesti diingat kerana ramai yang tidak tahu ia tarikh Sarawak mendapat kebebasan daripada British.

“Rakyat terutama generasi muda perlu tahu bahawa kita ada tiga tarikh penting iaitu 31 Ogos 1957 Hari Kemerdekaa­n Malaya sebelum tarikh itu dibuat Hari Kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia, 22 Julai kemerdekaa­n Sarawak dan 16 September 1963 yang merupakan tarikh pembentuka­n Malaysia.

“Sudah tentu kita gembira untuk rakyat di Semenanjun­g Malaysia di atas hari kemerdekaa­n mereka. Namun kita perlu tahu sejarah Sarawak agar ia dapat menyemarak­kan minat rakyat Sarawak terhadap negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Teh yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Pullman Miri kelmarin.

Sebastian menambah, ketiga-tiga tarikh penting perlu diketahui oleh semua rakyat Sarawak.

Beliau yang merangkap Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menambah, SUPP ditubuhkan untuk memperjuan­gkan hak setiap kaum dan hak rakyat Sarawak.

“Jadi kita akan terus berjuang untuk ini termasuk menghantar surat kepada Kementeria­n Pendidikan untuk memasukkan fakta sejarah mengenai ketigatiga tarikh penting ini dalam sukatan matapelaja­ran,” katanya.

Sebastian berharap ia dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia