Utusan Borneo (Sabah)

PH tukar strategi lawan GPS pada PRN

Senario telah berubah, GPS kini parti tempatan tanpa sokongan Umno: Dr Teo

-

MIRI: Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan berdepan parti politik tempatan yang kini berdiri sendiri tanpa sokongan daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, penubuhan Gabungan Politik Sarawak (GPS) memerlukan PH untuk memperbaha­rui strategi kempen agar menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pada 2021.

“Corak permainan agak lain kali ini kerana senario telah berbeza. Kita akan menentang parti tempatan iaitu GPS. Kita guna cara lain,” ujarnya kepada pemberita pada Sabtu.

Dr Teo yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri berkata, PH akan bekerja lebih keras untuk mengulangi kejayaan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei lalu.

“Kita boleh membawa banyak perubahan dan akan memenuhi janji kita sekiranya menang pada 2021 nanti,” tambahnya.

Beliau memberitah­u, jumlah keahlian PKR meningkat setelah kejayaan PH menumbangk­an kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PR14.

Selain mengisi borang, pendaftara­n juga diterima secara dalam talian di semua cabang parti, jelasnya.

“Ramai menyertai parti kita kerana mereka mahu menyokong dan terlibat sama (dalam kempen),” jelasnya.

Tentang Miri, dua agenda utama yang diperjuang­kan Dr Teo kepada kerajaan pusat ialah pembinaan klinik kesihatan baharu di Tanjong Lobang dan lebih banyak pembinaan rumah kos rendah.

Ia melibatkan tapak seluas lapan setengah ekar yang kini menjadi tapak Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) dan Pejabat Kesihatan Bahagian.

Dr Teo berkata, dianggarka­n seramai 1,000 pesakit mendapat rawatan di klinik itu setiap hari yang kini dalam keadaan uzur.

Untuk projek rumah kos rendah,beliaumeng­anggarkan sebanyak 8,000 rumah baharu perlu dibina di sini untuk membolehka­n golongan berpendapa­tan rendah memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata, 4,000 rumah adalah untuk penduduk setinggan, manakala 4,000 lagi untuk penduduk yang masih menyewa.

Menurutnya, masalah itu telah dikemukaka­n kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin semasa lawatannya ke Sarawak.

Daripada 100,000 rumah yang dicadangka­n dibina setahun di seluruh negara, Dr Teo berharap jumlah besar akan dibina di Sarawak melihat kepada keluasan negeri ini.

“Sarawak merupakan negeri besar dan akan mendapat peratusan iaitu 10,000 rumah setahun. Mungkin sebanyak 6,000 boleh dibina di Miri, 2,000 di Kuching dan 2000 di Sibu.

“Saya berharap kita akan dapat lebih banyak. Sarawak adalah negeri besar dan perlu lebih banyak rumah,” jelasnya.

“Corak permainan agak lain kali ini kerana senario telah berbeza. Kita akan menentang parti tempatan iaitu GPS. Kita guna cara lain.

DR MICHAEL TEO Ahli Parlimen Miri

 ??  ?? DR Teo yang ditemani Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni dan yang lain pada sidang media di Pusat Khidmat PKR Miri.
DR Teo yang ditemani Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni dan yang lain pada sidang media di Pusat Khidmat PKR Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia