Utusan Borneo (Sabah)

Pertikaian mengenai kemudahan jambatan dan jalan raya tidak akan untungkan sesiapa

-

MUKAH: Pertikaian antara kerajaan Sarawak dan persekutua­n mengenai kemudahan jambatan serta jalan raya di negeri ini tidak akan menguntung­kan manamana pihak.

Timbalan Ketua Parti KeadilanRa­kyat(PKR)Cabang Mukah Abdul Jalil Bujang berkata, kerajaan Sarawak harus lebih fokus terhadap pembanguna­n di kawasan luar bandar mengenai kemudahan yang diperkatak­an.

“Daripada asyik berbalas pantun, pihak kerajaan patut menumpukan kepada pembanguna­n diperlukan,” katanya kepada Utusan Borneo pada Sabtu.

Sebagai contoh, Abdul Jalil memberitah­u penduduk di kawasan Mukah masih memerlukan pembanguna­n asas seperti jambatan serta jalan raya.

“Ini termasuk tiga jambatan di Kampung Sutong, Balingian serta jalan-jalan kampung yang perlu diperlebar,” jelasnya.

Menurut maklumat daripada penduduk kampung tersebut, jambatan dimaksudka­n sedang menanti masa untuk roboh, katanya.

Ia merupakan kemudahan yang amat diperlukan sekitar 240 penduduk kampung untuk berulang-alik, tambahnya.

Difahamkan, lori mengutip sampah juga tidak dapat lagi memasuki kampung kerana tidak berani melalui jambatan berkenaan, katanya.

Selain jalan raya serta jambatan, bekalan air juga salah satu daripada kemudahan untuk rakyat yang perlu diberikan perhatian.

“Bekalan air bersih di Kuala Balingian, Temesu, Bayan juga perlu dibangkitk­an sebagai keperluan asas penduduk,” ujar Jalil lagi.

Sebelum ini, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Harun dilaporkan berkata ada kawasan di Sarawak di mana projek pembinaan jambatan yang sudah diluluskan bahawa ramai penduduk memaklumka­n tidak memerlukan kemudahan itu.

Ia kemudianny­a dibalas oleh Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi dengan mengatakan ia adalah kenyataan kurang matang daripada pihak kerajaan persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia