Utusan Borneo (Sabah)

RM8.8 juta naik taraf jalan, longkang di bawah MARRIS bagi Batu Kawa tahun ini

-

KUCHING: Sebanyak RM8.8 juta diperuntuk­kan untuk projek menaik taraf jalan dan longkang di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi kawasan Batu Kawa tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BatuKawabe­rkata,peruntukan itu yang telah diluluskan untuk 2018 adalah tambahan RM5 juta kepada pembiayaan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) bagi setiap wakil rakyat yang diumumkan baru-baru ini.

“Senarai projek ini menunjukka­n ketelusan kami dalam menguruska­n dana dan pelaksanaa projek di kawasan Batu Kawa,” katanya pada sidang media di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kawa di sini, semalam.

Menurut Dr Sim, sebanyak 36 jalan raya dikenal pasti untuk dinaik taraf dengan kos kira-kira RM2.3 juta, manakala 22 saliran (longkang) lagi perlu diselengga­ra dengan melibatkan kos sebanyak RM6.5 juta.

“Projek-projek ini di mana sebilangan­nya sudah pun bermula akan dilaksanak­an oleh majlis tempatan atau Jabatan Kerja Raya (JKR). Mereka akan melalui tender,” katanya.

Tambah beliau, projekproj­ek tersebut akan dilakukan secara berperingk­at dengan kawasan yang paling teruk akan dibuat terlebih dahulu supaya pelaksanaa­nnya lebih teratur, cekap dan bukannya berselerak.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u pada 2017, sejumlah RM5,421,000 telah diperuntuk­kan untuk pelaksanaa­n 53 projek oleh Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dan 12 projek bernilai RM3 juta oleh JKR menerusi peruntukan MARRIS.

Selain itu, beliau memaklumka­n bahawa kemas kini projek untuk saliran dan pembersiha­n sungai akan dikeluarka­n tidak lama lagi.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Tan Kai, Pengerusi SUPP Cawangan Batu Kawa Fang Jee Khin, Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Batu Kawa Lim Ah Ted dan Ketua Wanita SUPP Cawangan Batu Kawa Kapitan Voon Shwu Phin.

 ??  ?? DR Sim bersama (dari kiri) Voon, Fang, Lim dan Tan pada sidang media di pejabat SUPP Cawangan Batu Kawa di Kuching.
DR Sim bersama (dari kiri) Voon, Fang, Lim dan Tan pada sidang media di pejabat SUPP Cawangan Batu Kawa di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia