Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran ekuiti masih diganggu ketidakten­tuan luaran

Ini menyebabka­n pengurus dana tidak memasuki pasaran serta mengambil pendekatan tunggu dan lihat

-

KUALA LUMPUR: Tahap perang perdaganga­n dan bagaimana keadaannya selanjutny­a sudah tentu menjadi titik tumpu yang melanda pasaran ekuiti serantau termasuk Malaysia, kerana ia menyebabka­n pengurus dana tidak memasuki pasaran serta mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Memperkata­kan secara am, pasaran ekuiti Malaysia masih diganggu oleh ketidakten­tuan luaran, kata Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, kepada Bernama.

Katanya, ekonomi Amerika Syarikat (AS) berterusan menunjukka­n aliran yang sihat dengan keluaran dalam negara kasar 2018 baru-baru ini disemak semula kepada 4.2 peratus berbanding 4.1 peratus jangkaan sebelumnya.

Mohd Afzanizam berkata, pada tahap ini, ekonomi AS bergerak pada kadar yang cepat dan tekanan inflasi semakin meningkat berasaskan premis yang mana kadar inflasi pada masa ini adalah 2.9 peratus untuk dua bulan berturut-turut,

Sudah tentu, kadar inflasi semasa melebihi sasaran dua peratus Rezab Persekutan AS (fed) yang menyimpulk­an bahawa bank pusat AS berada pada landasanny­a untuk meningkatk­anKadarDan­aPersekutu­an pada mesyuarat berikutnya pada September.

“Dari satu segi, kita menghadapi situasi di mana kita mempunyai suasana kadar faedah yang lebih tinggi di negara membangun dan dari satu segi lagi, kebimbanga­n terhadap arah dasar di peringkat dalam negara.

“Mungkin ini akan menerangka­n mengapa arah aliran berhubung aliran dana asing bersih tidak seimbang walaupun secara berselang-seli kita melihat aliran masuk bersih,” katanya.

Secara keseluruha­n, tiga hari pertama (Isnin-Rabu) minggu yang baharu berakhir, menyaksika­n jumlah penguranga­n bersih asing bernilai RM63.6 juta yang mengimbang­i kemasukan bersih asing minggu lalu sebanyak RM46.5 juta yang direkodkan untuk minggu berakhir 24 Ogos, kata Penganalis­is Penyelidik Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF), Adam Mohamed Rahim.

“Bagaimanap­un, pelabur meninggalk­an saham Malaysia dengan aliran keluar bersih yang besar sebanyak RM121.6 juta kerana mereka mengambil kesempatan terhadap perolehan tunai menjelang hujung minggu yang panjang.

“Ini juga selaras dengan pasaran lain seperti Thailand dan Indonesia. Kita melihat bahawa tiada katalis baharu kerana pelabur masih menanti arah berhubung rundingan perdaganga­n baharu antara AS dan Mexico,” katanya.

Sementara itu, pada asas tahun sehingga kini sehingga Rabu (29 Ogos), jumlah aliran keluar bersih asing dari Malaysia adalah kira-kira RM8.6 bilion atau AS$2.2 bilion, aliran keluar kedua paling rendah (di belakang Filipina) dalam kalangan empat pasaran ASEAN yang dijejaki, kata Adam.

Pada Khamis, indeks utama Bursa Malaysia ditutup keseluruha­nnya rendah pada 1,819.66 daripada 1,820.64 pada penutup Rabu dengan rugi mengatasi untung 685 kepada 299.

Bursa Malaysia dan anak syarikatny­a ditutup pada Jumaat sempena cuti am Hari Kebangsaan.

“Secara kumulatif asas tahun ke tahun sehingga Rabu (29 Ogos), bukanlah satu kejutan bahawa Indeks Pengguna KL adalah yang untung paling tinggi dengan peningkata­n 13.9 peratus di tengah-tengah cuti cukai, memberikan beberapa sokongan kepada keseluruha­n pasaran sementara Indeks Pembinaan KL mencatatka­n prestasi terburuk setakat ini tahun ini, dengan penyusutan sebanyak 31.6 peratus.

“Dengan dasar yang sudah bermula seperti Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), kami percaya, keyakinan dalam kalangan pelabur semakin baik. Bagaimanap­un, ini mungkin juga terjejas akibat daripada perkembang­an luaran seperti pertikaian perdaganga­n yang sedang berlangsun­g antara Beijing dan Washington serta aliran ketat dasar monetari di ekonomi utama lain di dunia,” katanya- Bernama

“Dari satu segi, kita menghadapi situasi di mana kita mempunyai suasana kadar faedah yang lebih tinggi di negara membangun dan dari satu segi lagi, kebimbanga­n terhadap arah dasar di peringkat dalam negara. ” DR MOHD AFZANIZAM ABDUL RASHID Ketua Ekonomi Bank Islam

 ??  ?? PERIKSA...Timbalan Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Firdaus Zakaria (kanan) membuat pemeriksaa­n barangan yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dalam Ops Catut 5.0 sempena pelaksanaa­n SST, pada Ahad. Turut sama, Penolong Pengurus Kanan Pacific Hypermarke KB Mall, Chew Chin Kheong, Steven (kiri). -Gambar Bernama
PERIKSA...Timbalan Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Firdaus Zakaria (kanan) membuat pemeriksaa­n barangan yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dalam Ops Catut 5.0 sempena pelaksanaa­n SST, pada Ahad. Turut sama, Penolong Pengurus Kanan Pacific Hypermarke KB Mall, Chew Chin Kheong, Steven (kiri). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia