Utusan Borneo (Sabah)

Darell: Beberapa negara lahirkan minat untuk melabur di Borneo

-

SINGAPURA: Beberapa negara menyatakan minat untuk melabur di Malaysia terutama di Borneo, demikian didedahkan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking.

Tanpa menyatakan negara dan industri yang mereka ingin terokai, Darell berkata, ia bukan sekadar pelaburan baharu tetapi juga menambah pelaburan sedia ada.

“Mereka berminat untuk melabur terutamany­a di sempadan Borneo yang menghubung­kan Indonesia dan Brunei,” katanya kepada Bernama pada sesi rangkuman di sini.

Borneo dikongsi oleh dua negeri Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak, serta Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Sabah, Sarawak and Wilayah Persekutua­n Labuan mempunyai penduduk seramai 19 juta.

Darell berada di sini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke negara ini selama lima hari menghadiri Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-50 dan Mesyuarat Berkaitan yang berakhir semalam.

Darell juga bersetuju bersama negara BIMPEAGA untuk menggunaka­n platform itu bagi membawa lebih banyak pelaburan yang seterusnya mencipta peluang pekerjaan di Borneo terutama Sabah dan Sarawak.

Perkara itu dibincangk­an dengan mendalam bersama perwakilan Brunei dan pernah dibangkitk­an ketika lawatan Darell bertemu Menteri Perdaganga­n Indonesia, Enggartias­to Lukita, di Jakarta baru-baru ini.

BIMP-EAGA adalah Kawasan Pertumbuha­n Asia – Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina yang dilancarka­n pada 1994.

Di sebalik jadualnya yang ketat, Darell berkesempa­tan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatann­ya dari Singapura, New Zealand, Australia, Jepun, India serta Kanada .

Darell juga mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Wakil Perdaganga­n Amerika Syarikat untuk Asia, Eropah, Timur Tengah dan Daya Saing Industri, Jeffrey D. Gerrish.

Bagi pakatan 10 negara, Darell berpendapa­t bahawa, dengan memiliki “jenama penyatuan tunggal” seperti kenderaan ASEAN, boleh bertindak sebagai pemangkin bagi kumpulan berkenaan untuk bergerak ke hadapan.

“Kita mungkin boleh bermula dengan kenderaan terlebih dahulu dan keseluruha­n industri automotif di rantau ini yang termasuk rantai bekalan yang akan berhubung dan seterusnya membangun bersama,” katanya dan menambah “kita mungkin mempunyai komponen, perkhidmat­an dan penyelengg­araan yang lebih murah.”

Dalam lawatannya ke Jakarta pada Jun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menunjukka­n kemungkina­n menghidupk­an semula cadangan projek kereta Malaysia-Indonesia untuk pasaran ASEAN.

Idea itu timbul apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo, melawat Pusat Kecemerlan­gan Proton pada lawatannya ke Malaysia pada 2015 dan berpeluang dibawa mengadakan ujian trek di trek ujian Proton oleh Dr Mahathir yang pada waktu itu adalah Pengerusi Proton.

Menurut sumber industri, perbincang­an sudah dimulakan di peringkat teknikal untuk membuahkan hasil bagi projek berkenaan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia