Utusan Borneo (Sabah)

Darell: RCEP patuhi perjanjian perdaganga­n yang ‘membawa kebaikan kepada semua dan adil’

-

SINGAPURA: Dengan 16 negara mempertaha­nkan kedaulatan dan kepentinga­nnya, perundinga­n Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) berakhir dengan baik dan akan bergerak ke tahap seterusnya, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking.

“Semua 16 negara menerima terma ‘membawa kebaikan kepada semua dan adil’ (mutually beneficial and fair) untuk digunakan sepanjang proses rundingan yang akan terus berlangsun­g selepas ini,” katanya pada sesi rangkuman dengan Bernama.

Darell berada di sini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat RCEP sewaktu Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-50 dan Mesyuarat Berkaitan yang berakhir semalam.

Beliau menyatakan bahawa, terma yang dipersetuj­ui itu sejajar dengan aspirasi kerajaan semasa Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Terma ini seiring dengan prinsip negara yang dibawa Perdana Menteri yang menekankan segala rundingan adalah atas premis adil dan membawa kebaikan kepada semua rakyat,” tambahnya.

Sebagai pentadbira­n baharu, Darell menekankan bahawa, Malaysia meneliti terma RCEP bagi memastikan bahawa ia menyediaka­n perdaganga­n yang adil dan memberikan manfaat ekonomi kepada rakyat.

“Kita akan membawa pulang apa yang sudah dibincangk­an dan membentang­kannya kepada Perdana Menteri dan anggota kabinet untuk langkah selanjutny­a mengenai rundingan,” katanya.

“DrMahathir­mempunyaik­ebijaksana­an untuk menentukan sama ada kita harus menandatan­gani RCEP atau sebaliknya,” tambahnya.

RCEP adalah cadangan perjanjian perdaganga­n bebas antara 10 negara anggota ASEAN serta enam negara Asia Pasifik iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Perjanjian perdaganga­n bebas itu secara rasminya dilancarka­n pada Sidang Kemuncak ASEAN 2012 di Kemboja dan ia mendapat perhatian apabila Presiden Donald Trump mengumumka­n bahawa Amerika Syarikat menarik diri daripada Perkongsia­n Trans-Pasifik.

RCEP mempunyai populasi 3.4 bilion dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK)AS$49.5trilion(AS$1=RM4.10), atau kira-kira 39 peratus daripada KDNK dunia.

Tanpa mengambil sebarang kredit untuk dirinya, Darell menyatakan bahawa: “Bagi kita di Malaysia, perunding kita sudah melakukan yang terbaik. Mereka berbincang secara mendalam dan mengenal pasti apa yang baik dan bermanfaat kepada Malaysia.”

Perunding Malaysia diketuai oleh Datuk Isham Ishak yang juga Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Pada pusingan yang baharu berakhir di Singapura, dua tambahan bab dimuktamad­kan iaitu berhubung Prosedur Kastam dan Fasilitasi Perdaganga­n serta bab berhubung Pemeroleha­n Kerajaan – menjadikan bab yang dimuktamad­kan sehingga kini sebanyak empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia