Utusan Borneo (Sabah)

Skim geran dana untuk usahawan diteruskan dengan penambahba­ikan

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) akan meneruskan skim geran dana dengan menambah baik pemberiann­ya kepada usahawan di seluruh negara dalam usaha mengukuh dan mengembang­kan lagi perniagaan mereka.

Menterinya, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata MED akan meneruskan pemberian skim geran itu kepada usahawan dengan cara lebih baik dan mudah dalam masa terdekat.

“Kerajaan yang baharu dilantik ini tidak akan merungkai dasardasar lama kerajaan terdahulu dan kami di MED juga akan meneruskan dasar yang baik serta skim geran dana kepada usahawan, cuma mungkin ada kelewatan berikutan kementeria­n ini baru diwujudkan semula.

“Saya minta usahawan agar tidak bimbang atau risau kerana geran yang ada sebelum ini akan diteruskan dan kita akan tambah baik, malah memudahkan pemberiann­ya. Pastikan yang susah itu kita mudahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Agenda Pembanguna­n Sosio Ekonomi Muslim (APEM), di sini, semalam.

Pada konvesyen itu, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Mansor Hamzah, memberi pengiktira­fan Premis Outlet Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) kepada rangkaian usahawan Nasi Kandar Pulau Pinang.

Turut hadir, Pengerusi APEM, Datuk Najmudeen Kader, yang juga Presiden Liga Muslim Pulau Pinang.

Pengiktira­fan yang diperkenal­kan sejak 2013 itu adalah satu program mendidik peniaga menjaga kebersihan premis mereka terutama dari aspek penyediaan makanan sihat, sekali gus menarik pelanggan.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata, MED sentiasa komited dalammemba­ngundanmem­perkasa usahawan muda terutama yang mengendali­kan syarikat bersaiz mikro dan kecil untuk meningkatk­an kapasiti pengeluara­n serta menambah baik mutu produk serta perkhidmat­an mereka.

Katanya, golongan muda harus merebut peluang itu dengan menceburi bidang keusahawan­an dan bukan hanya makan gaji kerana dengan menjadi usahawan dapat membantu meningkatk­an ekonomi negara.

“MED masih mengumpul maklumat berhubung usahawan terutama golongan muda yang ada di seluruh negara termasuk melihat perkembang­an mereka dan saya dimaklumka­n ketika ini terdapat kira-kira sejuta usahawan di seluruh negara dengan 70 peratus daripadany­a membabitka­n industri makanan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia