Utusan Borneo (Sabah)

Sentimen berhati-hati akan pengaruhi Bursa Malaysia

Sensitivit­i menyelubun­gi perdaganga­n akan mencetuska­n ketidaksei­mbangan pasaran tukaran asing

-

KUALA LUMPUR: Momentum aliran menurun di Bursa Malaysia dijangkaka­n berterusan minggu ini dengan pelabur kekal berhatihat­i berikutan kebimbanga­n terhadap kemelut perdaganga­n global yang wujud semula, kata peniaga.

Beliau berkata memandangk­an tempoh pelaporan prestasi keuntungan korporat telah berakhir, perkembang­an luaran khususnya perdaganga­n akan menjadi faktor utama bagi corak dagangan.

“Kebimbanga­n terhadap unjuran perdaganga­n global akan terus mempengaru­hi ekuiti. Jika minat risiko menghindar­i pasaran, pasaran saham bukan hanya di Malaysia malah peringkat global turut akan mengalami tekanan semula,” katanya kepada Bernama.

Dilaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu meneruskan rancangann­ya mengenakan tarif ke atas AS$200 bilion nilai import China sebaik sahaja tempoh maklum balas awam dimuktamad­kan minggu ini.

Peniaga berkata, sensitivit­i yang menyelubun­gi perdaganga­n akan mencetuska­n ketidaksei­mbangan dalam pasaran tukaran asing, sekali gus meningkatk­an nilai dolar AS dan mata wang selamat lain.

Peso Argentina telah menerima kesannya, kehilangan hampir satu perlima daripada nilainya di pasaran tukaran asing pada Jumaat sebelum bank pusatnya mengumumka­n pelan drastik untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 60 peratus dalam usaha meningkatk­an mata wangnya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, Bursa Malaysia diniagakan tinggi antara 1,804.89 dan 1,826.9, menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh, sebelum didagangka­n rendah pada Khamis disebabkan kebimbanga­n terhadap perdaganga­n AS-China.

Pada dua hari pertama, pasaran tempatan bergerak positif dan ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan namun rendah pada Rabu memandangk­an peserta pasaran memberi reaksi ke atas kenyataan agresif Trump mengenai perdaganga­n dan tarif.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dana asing merupakan penjual bersih pada Khamis dengan RM122.6 juta selepas mengalami aliran masuk bersih awal minggu ini.

Beliau berkata, dana asing masih lemah pada masa ini, namun keseluruha­nnya, aliran itu meningkat sejak Mei.

“Setakat ini, keuntungan daripada syarikat perladanga­n dan telekomuni­kasi adalah kurang meyakinkan dan boleh menjejaska­n (indeks komposit) FBM KLCI.

“Bagaimanap­un, industri berorienta­sikan eksport seperti sarung tangan getah, bank dan pengguna boleh memberi sokongan kukuh kepada indeks utama itu,” katanya, dengan menambah bahawa paras sokongan dan rintangan kini ditetapkan masing-masing pada 1,805 dan 1,839.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat bagi cuti umum sempena Hari Kebangsaan.

Berbanding Jumaat minggu lepas, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup 11.07 mata lebih tinggi kepada 1,819.66 pada Khamis.

Indeks FBM Emas susut 22.07 mata kepada 12,719.42 dan Indeks FBMT100 turun 2.38 mata kepada 12,526.43.

FBM 70 merosot 299.32 mata kepada 15,126.05 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 74.72 mata kepada 12,807.07, manakala FBM Ace susut 151.39 mata kepada 5,283.71.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 280.24 mata kepada 17,964.97, namun Indeks Perladanga­n turun 67.77 mata kepada 7,577.58, dan Indeks Perusahaan susut 17.3 mata kepada 3,221.96.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 10.65 bilion unit bernilai RM9.9 bilion daripada 9.65 bilion unit bernilai RM9.15 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama bertambah kepada 6.81 bilion saham berniai RM9.05 bilion daripada 6.64 bilion saham bernilai RM8.32 bilion.

Waran mencatatka­n jumlah dagangan sebanyak 1.8 bilion unit bernilai RM488.26 juta berbanding 1.69 bilion unit bernilai RM444.85 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 2.03 bilion saham bernilai RM360.64 juta daripada 1.31 bilion saham bernilai RM379.24 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia