Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran getah dijangka dalam aliran meningkat minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangkaka­n berada dalam aliran meningkat minggu ini memandangk­an pelabur kekal bimbang terhadap pengeluara­n rendah dari Thailand dalam keadaan musim monsun.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia, Denis Low Jau Foo berkata jangkaan terhadap pengeluara­n berkuranga­n berkemungk­inan meningkatk­an harga susu getah pukal kepada antara 412 sen dan 414 sen sekilogram daripada harga penutup rasmi 402.5 sen sekilogram pada Khamis.

“Selain itu, pasaran getah tempatan telah mengalami aliran menurun sekitar 401.0 sen sekilogram sejak awal bulan ini. Oleh itu, kami menjangkak­an harga akan kembali meningkat minggu ini berikutan jangkaan pengeluara­n rendah,” katanya kepada Bernama.

Mengenai gred tayar SMR 20, Low menjangkak­an harga akan kekal pada paras semasa antara 545.0 sen dan 546.0 sen sekilogram memandangk­an inventori kekal mencukupi.

Bagi minggu dengan tempoh dagangan singkat yang baru berakhir, harga getah kebanyakan­nya bercampurc­ampur dan hingga rendah, terutamany­a setelah menjejaki prestasi niaga hadapan serantau, serta pergerakan ringgit dan harga minyak mentah.

Pasaran getah ditutup pada Jumaat bagi cuti umum sempena Hari Kebangsaan dan akan beroperasi semula pada Isnin.

Berasaskan Khamis ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 10.0 sen kepada 546.0 sen sekilogram, manakala susu getah pukal turun 3.5 sen kepada 402.5 sen sekilogram.

Harga penutup pada 5 petang bagi gred tayar SMR 20 kurang 6.5 sen kepada 545.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 1.5 sen kepada 402.5 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia