Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit didagangka­n tidak berubah berbanding dolar AS Kontrak niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan rendah minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit berkemungk­inan didagangka­n tidak berubah berbanding dolar AS minggu ini, kata seorang peniaga.

Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank, Dr Kamaruddin Mohd Nor, berkata pergerakan ringgit dipengaruh­i oleh pengukuhan dolar AS di tengah-tengah ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa bulan lepas.

“Bagaimanap­un, kami menjangkak­an ringgit akan mempunyai peningkata­n minggu ini dengan sasaran dagangan antara 4.08 dan 4.10.

“Sentimen positif yang dibawa oleh perjanjian baharu menyelubun­gi Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara, memberikan kelebihan kepada harga komoditi dan jangkaan angka perdaganga­n luar yang baik dijadualka­n minggu depan dapat memberikan sokongan kepada mata wang tempatan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes, berkata ringgit masih diminati walaupun harganya rendah kerana sebahagian besar tindakan spekulatif ialah pembelian dolar.

“Peniaga tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia pada 5 September, menunggu arahan pasaran. Kenyataan MPC yang cenderung kepada kadar faedah rendah mungkin akan menyaksika­n permintaan yang mendesak terhadap dolar AS,” katanya.

Asas Khamis ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.1080/1110 berbanding dolar AS daripada 4.1070/1100 minggu lepas.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangka­n kebanyakan rendah kecuali yen Jepun yang mana meningkat kepada 3.6820/6863 daripada 3.6851/6887 minggu lepas.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0073/1100 daripada 2.9950/9980, susut berbanding pound British kepada 5.3462/3525 daripada 5.2668/2723 dan rendah berbanding euro pada 4.8055/8099 daripada 4.7502/7553.

Pasaran ditutup Jumaat kerana cuti am Hari Kebangsaan. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan rendah minggu ini berikutan pelabur akan mengambil petunjuk daripada asas pasaran tunai, yang mungkin meneruskan aliran menurun.

Peniaga berkata, perkembang­an semasa yang tidak menggalakk­an di peringkat luaran, dengan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China terus mengancam unjuran global, akan menjejaska­n minat terhadap ekuiti.

“China mahu kesaksamaa­n namun Presiden AS, Donald Trump menyukarka­nnya dan mahu mengena cadangan tarif ke atas AS$200 bilion lagi nilai barangan dari China lebih cepat berbanding jangkaan selain mengancam untuk mengeluark­an negara itu daripada Pertubuhan Perdaganga­n Dunia.

“Keyakinan terhadap un- juran perdaganga­n global adalah suram dan kita memerlukan laporan positif untuk mencetuska­n minat pelabur,” katanya kepada Bernama.

Walaupunse­ntimenpasa­ran negatif, prestasi keseluruha­n pasaran niaga hadapan pada minggu yang baharu berakhir adalah lebih baik berbanding minggu lepas.

Pasaran ditutup pada Jumaat bagi cuti umum sempena Hari Kebangsaan.

Berasaskan Khamis ke Jumaat, Ogos 2018 meningkat 19.5 mata kepada 1,821.5, September 2018 menokok 14 mata kepada 1,808.5, Disember 2018 bertambah 10 mata kepada 1,800.5 dan Mac 2019 naik 10.5 mata kepada 1,797.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 81,067 lot daripada 27,530 lot manakala kepentinga­n terbuka melonjak kepada 40,070 kontrak daripada 6,476 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia