Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan emas dalam aliran menurun minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam aliran menurun minggu ini berikutan permintaan yang lemah.

Peniaga Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, Chang Hui Ying, berkata emas Bursa Malaysia juga dijangka didagangka­n dalam jajaran kecil, menjejaki prestasi harga emas Bursa Komoditi Amerika Syarikat (AS) (COMEX).

“Pelabur memerhatik­an tahap psikologi AS$1,200 sokongan emas COMEX. Jika ia melepasiny­a kita menjangkak­an aliran menurun di emas Bursa Malaysia juga,” katanya kepada Bernama.

Chang berkata, peniaga akan berterusan melihat petunjuk daripada data ekonomi AS terhadap arah kadar faedah AS.

Pengukuhan dolar AS berikutan jangkaan peningkata­n kadar faedah AS akan memberikan tekanan penurunan kepada harga emas, katanya.

Asas Khamis ke Jumaat, Ogos 2018 meningkat 32 mata kepada RM158.9 segram, manakala September 2018, Oktober 2018 dan November 2018 meningkat 35 mata setiap satu masing-masing kepada RM159.30, RM159.65 dan RM160 segram.

Jumlah dagangan mingguan untuk minggu yang pendek meningkat 11 lot bernilai RM173,985 daripada enam lot bernillai RM94,430 pada minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka susut kepada 37 kontrak daripada 43 kontrak.

Bursa Malaysia dan derivatifn­ya ditutup pada Jumaat sempena cuti am Hari Kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia