Utusan Borneo (Sabah)

Iflix siar berita Bernama secara langsung

-

iflix, pembekal perkhidmat­an hiburan, mengumumka­n kerjasama dengan Bernama News Channel (BNC) bagi menyampaik­an berita terkini secara langsung kepada pengguna iflix.

Penstriman berita 24 jam secara langsung ini dapat diakses secara percuma bermula 28 Ogos lepas.

Pengurus Besar iflix Malaysia dan Brunei, Diana Boo berkata BNC dipilih sebagai salah satu saluran berita dalam ‘iflix News’ kerana agensi berita itu menyediaka­n berita terkini, tepat dan relevan untuk rakyat negara ini.

Menurutnya, kerjasama itu membuka lembaran baharu kepada iflix untuk memberikan informasi dan maklumat hal ehwal semasa kepada pengguna dan tidak terhad kepada rancangan televisyen, filem dan sukan.

“Kami berharap kerjasama ini dapat mengukuhka­n lagi kedudukan kami sebagai satu platform yang menyeluruh untuk semua pengguna,” katanya selepas menyertai Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an (MoU) iflix dan BNC di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, barubaru ini.

MoU itu ditandatan­gani oleh Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif iflix Mark Britt dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Operasi BNC Hakimi Zuffrida Mohd Zain berkata kerjasama itu dijangka dapat menambah bilangan penonton global sekali gus memberi manfaat kepada BNC dan juga iflix.

“BNC dipilih sebagai satu-satunya siaran berita (tempatan) di iflix dan percaya kita boleh menyampaik­an berita kepada audien yang lebih luas.

“Kita menjanjika­n berita yang tepat dan berkredibi­lti kepada pengguna. Selain itu kita dalam rangka menyediaka­n kandungan baharu namun perkara itu masih dalam perbincang­an,” katanya.

Iflix yang memiliki pelanggan di 28 buah negara iaitu sebanyak 15 juta termasuk empat juta di Malaysia, merupakan peneraju perkhidmat­an hiburan untuk pasaran membangun dengan senarai tontonan pelbagai pilihan rancangan yang menarik.

Sebelum ini CNN adalah satu-satunya saluran berita secara langsung yang disiarkan menerusi iflix.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia