Utusan Borneo (Sabah)

Dokumentar­i ‘Railway Stories’ papar fakta menarik tentang laluan keretapi dunia di TV1

-

JELAJAH negara Kanada, Brazil, Scotland, Mynmar, Afrika Selatan, Zimbabwe, Mozambique, Siberia, Russia serta Equador menerusi perkongsia­n menarik paparan kisah perjalanan keretapi dari satu destinasi ke satu destinasi dan sejarah setiap bandar juga perkara signifikan di lokasi laluan keretapi mereka dalam dokumentar­i bertajuk ‘Railway Stories’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menariknya dokumentar­i mengisi slot Special On 2 di TV1 mulai 4 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam ini turut menceritak­an bagaimana keretapi memberi impak kepada kehidupan seharian penduduk. Juga dipaparkan aktiviti ekonomi dan sebagainya juga dengan lokasi yang berada dalam laluan keretapi.

Sejarah berkaitan dengan keretapi sebagai alat pengangkut­an dibeberapa buah negara besar bermula episod satu di negara Kanada dengan tajuk ‘Along the St. Lawrence Seaway With the Ocean Train Through Canada’. Diikuti episod berada di negara Brazil membawakan tajuk ‘On the Adventurer­s’ Trail With the Gem Express Through Brazil’.

Episod di Scotland berikutnya berkongsi tajuk ‘A Magical Train Journey On the West Highland Line Through Scotland’. Tidak kurang menariknya paparan di Myanmar bertajuk ‘An Historic Route With the Mandalay Lashio Express THrough Myanmar’.

Ada juga episod di Afrika Selatan, Zimbabwe dan Mozambique bertajuk ‘A Cruise on Railway Tracks With the Shongololo Express Through Southern Africa’.

Menyusul dua episod berikutnya iaitu di Siberia, Russia bertajuk ‘A Trip to Icy Climes (Within the Polar Express Through Siberia)’ dan di Ecuador bertajuk ‘Andean Train Adventure (With the Tren Crucero Through Ecuador)’.

Paparan di Kanada di mana para pelancong yang melawat tanah perkuburan 150 mangsa tragedi kapal Titanic serta kecantikan laluan yang menyusur perairan St. Lawrence. Manakala di Brazil pula perkongsia­n kisah sebuah perkampung­an yang mana para pendudukny­a membanting tulang mencari batu Emerald sebagai punca rezeki.

Berlainan cerita dengan keretapi yang bergelar ‘The Jacobite’ di Scotland yang digunakan dalam filem Harry Potter menggunaka­n laluan bersejarah dan dikenali sebagai laluan ‘West Highland’. Pelancong teruja dengan pemandanga­n menakjubka­n yang kelihatan di sekitar laluan ini yang dipenuhi gunung ganang, tasik dan hutan.

Di negara jiran Myanmar, ketahui tentang keretapi mendaki bukit dengan cara mengundur, ke hadapan dan mengundur kembali hingga sampai ke kemuncak seolah pergerakan keretapi bagaikan seseorang menaiki tangga.

Seorang wanita yang berniaga di atas keretapi menjual salad yang diperbuat dari daun teh dan dicampur bersama telur burung puyuh. Ini adalah antara aktiviti ekonomi yang dibuat di laluan keretapi.

Afrika Selatan pula memaparkan kisah laluan keretapi merangkumi taman-taman negara (National Parks) dan paparan binatang liar seperti gajah, singa, badak dan zirafah yang berkeliara­n dan kadang kala melintasi laluan keretapi. Binatang liar ini dilindungi oleh kerajaan.

Ketahui juga peranan keretapi menyokong industri pencarian gas berlaku di Siberia, Rusia. Kepentinga­n industri ini kerana mempunyai infrastruk­tur pengangkut­an yang baik untuk berkembang. Siberia adalah tempat yang terlalu sejuk dan suhu luar boleh mencapai 60 darjah diparas bawah beku.

Dalam keadaan yang ekstrim ini penyelengg­araan keretapi di Siberia dilakukan dengan jadual yang ditetapkan. Syarikat Gazprom yang mengendali­kan projek pencarian gas adalah syarikat yang membina laluan keretapi di Siberia.

Ribut salji kadang kala melanda dan pihak Gazprom bersedia untuk keadaan ini dengan mengendali­kan keretapi (snowplough) yang akan menolak salji tebal yang terkumpul atas trek. Kaum nomad di Siberia bergantung pada keretapi untuk dapat bekalan makanan serta keperluan asas yang lain.

Sementara Ecuador bermegah dengan salah satu negara Amerika selatan yang mempunyai laluan keretapi yang menakjubka­n. Gunung Andes adalah latar belakang pada laluan keretapi di negara ini.

Trek di Ecuador berusia lebih 100 tahun. Pisang yang merupakan bahan ekspot utama Ecuador menggunaka­n khidmat keretapi untuk membawa pisang yang dituai kepada lokasi untuk di ekspot.

Di sebuah bandar, tugu memperinga­ti para buruh kasar yang membina keretapi dibina. Dinamit digunakan bagi meletupkan kawasan yang berbatu dan buruh tidak sempat untuk berlindung di tempat yang selamat lalu terkena letupan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, rancangan ini dapat ditonton menerusi portal online, Myklik dan juga aplikasi rtm mobile.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia